WhatsApp Bakal Tamatkan Sokongan Untuk Peranti Android Lama, Ini Cara Periksa Jika Telefon Anda Terkesan

Siapa yang pakai Android dari zaman purbakala tu boleh periksa 🙂

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & New Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

WhatsApp mengumumkan platfrom pemesejan itu tidak lagi akan menyokong peranti yang masih menggunakan Android versi yang lebih lama daripada 6.0 bermula 8 September ini

Ini bermakna jika telefon pintar masih menggunakan Android 5.0 atau 5.1, penggunanya tidak akan dapat membuka aplikasi WhatsApp selepas tarikh tersebut.

Menurut WABetaInfo, langkah ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan aplikasi sambil membuka laluan untuk ciri-ciri moden yang memerlukan sistem yang lebih baharu.

SAYS.com
Image via New Straits Times / AFP

Pengguna yang terkesan dijangka akan menerima amaran dalam aplikasi tidak lama lagi

Difahamkan, ia bertujuan memberi mereka peluang kepada mereka untuk membuat persediaan sebelum perkhidmatan ditamatkan.

Mereka juga dinasihatkan untuk membuat back up chat history di Google Drive atau ke penstoran dalaman sebelum bertukar ke peranti yang lebih baharu.

Dalam pada pengguna Android menghadapi isu ini, mereka yang menggunakan iOS kekal selamat buat masa sekarang kerana WhatsApp akan terus menyokong iPhone dan iPad yang masih menggunakan iOS 15.1 dan versi yang seterusnya.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Berikut adalah cara anda boleh semak versi Android semasa yang sedang digunakan

Jika anda tidak pasti versi apakah yang telefon anda sedang gunakan, semakannya mudah sahaja:

  • Buka aplikasi 'Settings' pada peranti Android anda.
  • Klik pada 'About Phone' atau 'About Device'.
  • Cari 'Software Information' untuk menegetahui versi Android yang sedang anda gunakan.

Perubahan ini dijangka memberi kesan kepada ramai pengguna WhatsApp di Asia Tenggara, India dan Brazil.

Jika skrin anda memaparkan antara muka yang lebih lama daripada versi 6.0, kemungkinan besar sudah tiba masanya untuk naik taraf kepada peranti yang lebih baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik