WhatsApp Bakal Ada Fitur Pengesan ‘Screenshot’ Status Seperti Di Aplikasi Snapchat

Jaga-jaga yang suka screenshot status WhatsApp orang tu!

Enlarge text
Cover ImageCover image via trak.in & HitPaw
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aplikasi mesej, WhatsApp dilihat bakal mengeluarkan fitur pengesan screenshot untuk WhatsApp status

Dilihat seperti mengikut jejak langkah aplikasi Snapchat yang memberi notifikasi apabila terdapat screenshot dilakukan di dalam stories, WhatsApp dilihat akan menggunakan fitur ini pada bahagian status.

Menerusi pendedahan yang dilakukan oleh Android Authority, mereka menemui fitur baharu ini setelah membuat penelitian awal terhadap WhatsApp Android versi 2.25.12.19.

Sebaik sahaja screenshot dilakukan pada status yang dapat dilihat, notifikasi memberitahu terdapat screenshot dikesan akan terpapar seperti di dalam gambar di bawah:

Terdapat juga kemungkinan fitur ini tidak akan dikeluarkan untuk kegunaan awam

Menurut Android Authority, walaupun fitur ini dapat dikesan melalui penelitian awal terhadap versi WhatsApp berkenaan, masih ada kemungkinan ia tidak akan dilancarkan untuk kegunaan umum.

Tiada juga tanda-tanda WhatsApp akan memberitahu pengguna bahawa status mereka telah dikenakan screenshot oleh seseorang dan ini mungkin disebabkan fitur terbabit masih dalam peringkat awal pembangunan.

Aplikasi WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan fitur untuk tidak membenarkan seseorang melakukan screenshot pada gambar profil disebabkan fungsi privasi yang ada pada aplikasi ini. Jadi, terdapat juga kemungkinan WhatsApp akan mengambil pendekatan yang sama terhadap status.

Image via WhatsApp

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: