Wartawan Melodi TV3 Sebak Buat Liputan Pemergian Arwah Nas Ahmad, Terkenang Memori Bersama

Menurut Adeed, Allahyarham Nas Ahmad banyak mengajarnya tentang dunia kewartawanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @adeed8 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wartawan Melodi TV3, Adeed tidak dapat menahan sebak ketika membuat liputan pemergian Allahyarham Nas Ahmad

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Adeed berkata Allahyarham Nas yang merupakan bekas majikannya itu banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu selama dia bekerja sebagai wartawan.

"Perkara paling susah nak buat ialah bila kita kena buat story pengebumian ex boss sendiri yang ajar kita buat reporting dari kita zero. Yang bagi kita ilmu utk kita menjadi orang yang beretika dan bijak membuat reporting

"Al-Fatihah abang Nas Ahmad,simpan sini jadi memori," tulisnya.

Dalam pada itu, Adeed sempat berkongsi beberapa keping gambar memori bersama Allahyarham Nas Ahmad

Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun kira-kira jam 10 pagi pada 1 Mei lalu.

Difahamkan, Nas Ahmad berdepan ujian kesihatan sejak Januari 2023 apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung dan memerlukan kos lebih RM30,000 untuk pembedahan.

Disebabkan penyakit itu, Allahyarham tidak dapat berjalan seperti dahulu dan mudah terasa mengah.

Image via Sinar Harian

Lihat video di bawah:

@adeed8

Perkara paling susah nak buat ialah bila kita kene buat story pengebumian ex boss sendiri yang ajar kita buat reporting dari kita zero.. Yang bg kita ilmu utk kita menjadi org yg beretika n bijak membuat reporting.. Al – Fatihah abang Nas Ahmad simpan sini jadi memori..

original sound – Adeed8 – Adeed8

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: