“Wartawan Berhak Bertanya Soalan, Menteri Perlu Respon Dengan Berhemah” – Fahmi Fadzil

Pada 29 Oktober lalu, Nga Kor Ming dilapor mengugut seorang wartawan selepas ditanyakan berkenaan penggunaan bahasa Inggeris dalam tema pelancongan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan wartawan berhak kemukakan apa jua soalan semasa bertugas selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan

Menerusi laporan Bernama, perkata itu dimaklumkan Fahmi susulan insiden seorang menteri yang didakwa mengugut seorang wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi.

"Saya telah berhubung dengan menteri berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas, iaitu wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.

"Setiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan.

"Saya menyampaikan pandangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya menegaskan bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan ialah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan. Jadi, itu pendirian kerajaan," katanya.

SAYS.com

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Image via Harian Metro

Menteri berkenaan dimaklumkan bertemu dengan pihak media yang terlibat bagi menjernihkan keadaan

Menurut Fahmi, beliau dimaklumkan bahawa menteri berkenaan telah memberi komitmen untuk bertemu dengan pihak pengurusan organisasi media terlibat bagi menjernihkan keadaan.

"Pada pandangan saya, kita patut belajar daripada apa yang pernah berlaku dahulu dan saya rasa ada ruang untuk beliau bertemu dengan pihak Utusan Malaysia, untuk menyampaikan pesanan itu sendiri.

"Saya lihat beliau telah memaklumkan bahawa memang beliau akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk cuba menjernihkan keadaan. Jadi, ini telah diberi komitmen oleh menteri berkenaan," katanya.

Pada 29 Oktober, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilapor mengugut seorang wartawan selepas dia bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan / Lite U yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Susulan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) semalam mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan menteri berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: