Warga Indonesia Akui Kehidupan Di Kuala Lumpur Lebih ‘Teratur’ Berbanding Di Jakarta
Jarang-jarang KL kena puji.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam kita banyak berbunyi tentang kesibukan Kuala Lumpur, masyarakat di negara jiran berpandangan bandar ini dianggap lebih baik daripada ibu kota mereka, Jakarta
Menerusi sebuah perkongsian @stravenues di laman sosial X, akaun itu telah berkongsi bagaimana kehidupan di Kuala Lumpur dilihat lebih 'teratur' jika dibandingkan di Jakarta.
Menurutnya, ada beberapa perkara utama yang diperhatikan perbezaaan antara dua bandar ini setelah dia berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari.
"Laluan pejalan kaki yang lebih elok, tak perlu mewah pun, asalkan cukup lebar dan tak terputus.
"Deretan bangunan yang aktif, termasuk untuk fasiliti awam macam klinik atau hospital. Kereta kena parkir di belakang atau di tempat letak kenderaan awam.
"Kemudahan awam dan komersial berskala kecil yang banyak dan semuanya masih dalam jarak berjalan kaki. Udara pun rasa lebih bersih, walaupun sama-sama kawasan bandar," katanya.

Mendapat persetujuan ramai warga Indonesia yang lain
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen Indonesia bersetuju dengan pedapat akaun terbabit.
Antara komen yang diberi memuji perkhidmatan pengangkutan awam yang tersedia di KL Sentral dilihat sangat memudahkan pengguna.
"KL pun ada KL Sentral yang sangat memudahkan dan praktikal, semua pengangkutan utama macam MRT, LRT, Monorel, ETS, KLIA Express, KTM Komuter dan bas, semuanya ada di satu tempat," tulis seorang pengguna.
Walaupun banyak kali mendapat komen negatif oleh warga tempatan, situasi pejalan kaki di Kuala Lumpur dianggap baik oleh warga Indonesia.
"Masa pergi KL baru-baru ni pun rasa kagum juga. Memang tak semaju Singapura, tapi dari segi jalan, bersih, selesa dan sangat mesra pejalan kaki. Masa jalan-jalan kat KL pun rasa iri tengok bandar dia. Entah bilalah Indo boleh jadi macam ni juga," tulis seorang lagi pengguna.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Beberapa hari di pinggiran kota KL, kehidupan kota lebih bearable dibanding Jakarta.
— Txt Tata Kota – The Urbanist Zine (@stravenues) November 10, 2025
Beberapa hal yang bisa diperhatiin selama di sini
1. Trotoar yang lebih proper. Nothing fancy, yang penting cukup lebar dan ga putus
2. Fasad bangunan aktif bahkan untuk fasum yang klinik/RS.… pic.twitter.com/NANMMaNr5T
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 