Warga Emas Maut Dalam Kereta, Muka Dihempas Besi 100KG Melantun Tercabut Dari Lori

Difahamkan, kenderaan dinaiki arwah sebelum itu berselisih dengan lori terbabit sebelum insiden berlaku.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga emas maut selepas besi penyambung longshaft seberat lebih 100 kilogram (kg) pada sebuah lori tercabut lalu melantun menembusi cermin hadapan kereta yang dinaikinya dan mengenai muka mangsa

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa, Allahyarham Juhari Murid, 63, bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Senggarang, Batu Pahat menuju ke FELDA Pemanis di Segamat atas urusan keluarga dengan menaiki Perodua Alza.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Jalan Sri Bengkal, dekat Sri Gading, Batu Pahat itu, mangsa telah parah dan disahkan meninggal dunia, manakala isterinya, Zaina Khalid, 58, serta tiga adiknya termasuk yang memandu Perodua Alza itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki arwah sekeluarga sebelum itu berselisih dengan lori terbabit sebelum besi berkenaan tercabut dan menembusi cermin Perodua Alza dinaiki.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

SAYS.com

Besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari sebuah lori terkena muka mangsa.

Image via Sinar Harian

Anak terima panggilan daripada sepupu maklumkan kematian bapa

Anaknya Noor Shahin, 31, memaklumkan menerima panggilan daripada seorang sepupunya memberitahu bapanya kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pada awalnya, hati saya terlalu berat untuk lepaskan ayah ke sana (Segamat), rupa-rupanya ia petanda saya kehilangan orang tersayang.

"Sebaik mendapat berita sedih itu, saya teringat rasa tidak sedap hati semalam selepas ibu, memberitahu dia bersama ayah mahu ke Segamat.

"Ketika itu, saya bergegas dari Muar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat. Semalam saya sempat membuat panggilan video dengan ayah.

"Ayah sangat gembira dan beritahu tidak sabar untuk bertemu anak saya," katanya.

SAYS.com

Keadaan cermin hadapan Perodua Alza pecah selepas insiden terbabit.

Image via Sinar Harian

Dalam perjalanan untuk penuhi permintaan bertemu cucu

Wanita itu kelihatan tidak mampu menahan sebak sebaik mengenangkan permintaan arwah bapanya bertemu cucunya.

"Ayah cakap rindu cucu. Jadi saya hendak balik hari ini, tapi kepulangan saya kali ini hanya untuk menatap jenazah ayah. Minggu lalu kami sempat berjumpa dan arwah tidak menunjukkan perubahan.

"Pada ketika ini, ibu masih dalam keadaan terkejut. Kejadian itu juga meninggalkan kesan berlaku di depan mata ibu, besi cukup menghentam muka arwah," katanya.

Seorang lagi anak arwah, Mohd Danis Hakim, 22, berharap pemilik lori ataupun syarikat terbabit dikenakan tindakan berat disebabkan kecuaian sehingga meragut nyawa bapanya.

"Saya tahu ajal dan maut ketentuan Ilahi tapi kejadian ini berlaku akibat kecuaian, saya tidak mahu perkara sama berulang ke atas orang lain," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: