Warga Emas Di Kelantan Merokok 80 Kali Sehari Kini Hidup Tanpa Suara

Lelaki itu akui hidup terasa sunyi tanpa kedengaran suara sendiri.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas dari Kota Bharu, Kelantan, yang pernah merokok sehingga empat kotak rokok sehari, kini hidup tanpa suara selepas menghidap kanser

Bekas pesara kerajaan, Ismail Mahmud, 68, berkata keadaannya berpunca daripada tabiat merokok yang lama bermula sejak zaman remajanya, di mana dia boleh merokok sehingga 80 batang rokok sehari.

Tabiat itu akhirnya menjejaskan kesihatannya apabila dia didiagnosis menghidap kanser tiroid.

Menurutnya simptom-simptom itu bermula tanpa sebarang kesakitan, dan dia hanya mendapatkan rawatan di klinik selepas ia berterusan selama tiga bulan.

"Doktor mengesan simptom itu ada kaitan dengan kanser dan dirujuk segera ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), sebelum mengesahkan saya menghidap kanser tiroid tahap empat.

"Memang sedih sangat kerana tak sangka menghidap kanser dan doktor memberitahu ia disebabkan saya perokok tegar sebelum ini, malah mampu menghabiskan empat kotak rokok sehari," katanya kepada Berita Harian dalam satu temu bual.

SAYS.com
Image via Siti Rohana Idris/Berita Harian

Ketika kanser merebak ke kotak suaranya, Ismail terpaksa menjalani pembedahan pembuangan yang berlangsung selama 13 jam dan menyebabkannya kehilangan suara secara kekal

Selepas pembedahan itu, Ismail berkata dia menjalani 30 sesi radioterapi dan terus menghadiri pemeriksaan hospital setiap tiga bulan.

Untuk berkomunikasi, Ismail kini bergantung pada alat bantu pertuturan elektronik, yang diletakkan di lehernya untuk menghasilkan pertuturan.

"Walaupun bunyi agak lucu kedengaran daripada mokrofon ini, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat bercakap dengan orang lain berbanding sebelum ini hanya gerak bibir saja.," katanya, sambil menambah bahawa hidup terasa sunyi tanpa dapat mendengar suara sendiri.

Duda itu berkongsi bahawa kedua-dua isterinya telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser rahim dan kanser pankreas.

Tidak menyangka dirinya sendiri menjadi pesakit kanser, bapa kepada 13 orang anak itu menambah dia kini bersyukur kerana bebas daripada sel kanser dan mengekalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

Lihat temu bual tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: