Warga Emas Boleh Kurangkan Risiko Penyakit Nyanyuk Sehingga 40% Dengan Mendengar Muzik

Nyanyuk ataupun Demensia merupakan masalah kehilangan fungsi berfikir dan mengingat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar ilustrasi AI (Gemini)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kajian terhadap lebih 10,800 warga emas menunjukkan bahawa mendengar atau bermain muzik mampu mengurangkan risiko demensia di kemudian hari

Menerusi laporan Xinhua, dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis oleh Universiti Monash Australia, yang mengetuai kajian itu, mereka yang berumur lebih 70 tahun yang sentiasa mendengar muzik mempunyai risiko 39 peratus lebih rendah untuk menghidap demensia berbanding mereka yang tidak pernah, jarang atau kadangkala berbuat demikian.

Mereka yang sentiasa mendengar muzik juga mempunyai insiden gangguan kognitif sebanyak 17 peratus lebih rendah, serta skor yang lebih tinggi dalam kognisi keseluruhan dan ingatan episodik, yang digunakan ketika mengingati peristiwa seharian.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Antarabangsa Psikiatri Geriatrik, memainkan alat muzik pula dikaitkan dengan pengurangan risiko demensia sebanyak 35 peratus,

Peserta yang kerap mendengar dan bermain muzik mempunyai risiko demensia sebanyak 33 peratus lebih rendah dan kadar gangguan kognitif sebanyak 22 peratus lebih rendah.

Muzik dilihat mampu mengekalkan kesihatan kognitif golongan dewasa lanjut usia

Ketua penyelidik, Emma Jaffa dari Universiti Monash berkata penemuan itu menunjukkan "aktiviti muzik mungkin merupakan strategi yang mudah diakses untuk mengekalkan kesihatan kognitif pada orang dewasa yang lebih tua, walaupun penyebabnya tidak dapat dipastikan."

Para penyelidik berpendapat penuaan populasi merupakan kebimbangan kesihatan global kerana jangka hayat yang lebih panjang telah meningkatkan penyakit berkaitan usia seperti demensia dan penurunan kognitif.

"Bukti menunjukkan bahawa penuaan otak bukan sahaja berdasarkan usia dan genetik tetapi boleh dipengaruhi oleh pilihan persekitaran dan gaya hidup seseorang itu," kata penulis kanan kajian itu, Profesor Joanne Ryan.

Menurut Ryan, tanpa penawar yang tersedia untuk demensia pada masa ini, pencegahan berasaskan gaya hidup seperti mendengar serta bermain muzik mampu menggalakkan kesihatan kognitif dan boleh membantu mencegah atau melambatkan permulaan penyakit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: