Warga Emas Baru Sedar Perkahwinannya Masih Sah Lepas Ingatkan Dah Bercerai 25 Tahun Lalu

Lelaki itu telah berkahwin buat kali kedua pada tahun 2001 dan mendapat beberapa cahaya mata.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mstar & Suara Merdeka
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas gagal dalam permohonannya menetapkan tarikh perceraian perkahwinan pertama pada 25 tahun lalu

Menerusi laporan Sinar Harian, Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Evrol Mariette Peters memutuskan perkara itu selepas mendapati lelaki berusia 65 tahun itu gagal mengesahkan perpisahannya, tiga bulan selepas memfailkan perceraian pertama pada tahun 2000.

Pasangan bukan Islam di negara ini yang tidak mahu meneruskan perkahwinan perlu memfailkan petisyen cerai di mahkamah tinggi sivil di mana jika wujud persetujuan, mahkamah akan mengeluarkan Dekri Nisi iaitu perintah cerai sementara. Selepas tiga bulan, mereka perlu memohon Dekri Mutlak yakni perintah cerai muktamad.

Dalam kes warga emas terbabit, lelaki itu dan isteri telah diberikan Dekri Nisi pada 19 Jun 2000. Berdasarkan keputusan penghakiman yang dikeluarkan pada 27 Julai, hakim berkata, lelaki berkenaan memohon pengesahan cerai secara rasmi kemudian memperoleh Dekri Mutlak, bertarikh 16 Januari lalu.

Tidak berpuas hati dengan tarikh tersebut, dia memohon supaya tarikh itu dipinda dengan alasan telah berpisah secara rasmi pada 8 Ogos 2000 tetapi mengikut rekod mahkamah tiada langkah diambil oleh mana-mana pihak untuk mengesahkan perceraian menerusi Dekri Mutlak.

SAYS.com
Image via Dagang News

Sudah berkahwin lain dan memiliki beberapa anak hasil perkahwinan baru

Walaupun belum mendapat Dekri Mutlak, lelaki itu telah berkahwin buat kali kedua pada tahun 2001 dan mendapat beberapa cahaya mata.

Sehinggalah pada awal tahun ini, lelaki tersebut memohon untuk mendapatkan Dekri Mutlak, dengan alasan mahu 'menghalalkan' perkahwinan kedua selain memperbetulkan status kelahiran anak-anaknya.

"Mahkamah mendapati kegagalan untuk menamatkan Dekri Nisi bukanlah kesilapan kecil atau teknikal, tetapi kelalaian yang serius dan tidak boleh dibetulkan dengan mudah.

"Undang-undang perceraian di Malaysia menetapkan dua peringkat iaitu Dekri Nisi dan Mutlak.

"Jadi tempoh tiga bulan selepas Dekri Nisi disediakan untuk memberi ruang kepada pasangan supaya berfikir semula, menyelesaikan hal kewangan atau berbincang mengenai anak-anak.

"Dekri Nisi tidak akan menjadi Mutlak secara automatik selepas tiga bulan," kata hakim.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Detik Health

Perkahwinan pertama masih sah disebabkan Dekri Nisi kekal aktif selama hampir 25 tahun

Hakim berkata, mahkamah menolak alasan bahawa lelaki itu tidak tahu atau terlupa untuk memfailkan Dekri Mutlak.

Mahkamah menegaskan, walaupun anak-anak hasil perkahwinan kedua tidak bersalah, namun proses undang-undang perlu dihormati dan tidak boleh diubah sesuka hati.

Permintaan pemohon untuk menetapkan tarikh cerai kepada 8 Ogos 2000 juga tidak masuk akal kerana pada masa itu belum cukup tiga bulan selepas Dekri Nisi diberikan di mana Dekri Nisi pada 19 Jun 2000 sepatutnya luput selepas tiga bulan, iaitu 18 September tahun sama.

"Perkara berkenaan sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak, iaitu seseorang tidak patut tergesa-gesa untuk berkahwin semula tanpa terlebih dahulu memastikan semua dokumen berkaitan perceraian terdahulu telah diselesaikan dengan betul dan mengikut undang-undang," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: