Warga Asing Terkejut Boleh Keluarkan Cash Dari Mesin ATM MEPS – "Di Singapura Tak Ada"

Admin pun baru tahu Singapura tak boleh buat macam itu.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang warga Singapura berkongsi pengalamannya mengeluarkan wang daripada mesin ATM di Lapangan Terbang Senai, Johor

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Tan Kin Lian itu berkata itu merupakan pertama kali dia ternampak mesin ATM MEPS (Malaysian Electronic Payment System).

Menurutnya, dia tidak menyangka mesin tersebut boleh mengeluarkan wang tunai yang disimpan dalam akaun Maybanknya.

"Ini adalah ATM bank yang jarang dijumpai. Ia adalah ATM pertama yang saya lihat di lapangan terbang Senai. Saya dapat mengeluarkan wang tunai daripada ATM ini daripada akaun Maybank saya kerana ia link dengan sistem mesin ATM MEPS," katanya.

Difahamkan, Singapura tidak mempunyai servis mesin ATM seperti MEPS

Menurutnya lagi, dia tidak kisah untuk membayar caj servis RM1 kerana ia memudahkan urusannya tanpa perlu mencari mesin ATM Maybank.

"Kebanyakan stesen minyak dan kedai serbaneka di Malaysia juga menawarkan perkhidmatan ATM yang membolehkan pelanggan mereka mengeluarkan wang dengan membayar yuran perkhidmatan RM1.

"Singapura tidak mempunyai kemudahan seperti ini. Ia membawa kepada kos operasi yang tinggi di sana," katanya lagi.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: