Warden Suruh Dua Pelajar Bersihkan Kesan Darah & Minta Pengawal Keselamatan Padam Gambar Tempat Zara Ditemui

Difahamkan, gambar terbabit sudah dikemukakan sebagai bahan bukti dalam prosiding inkues yang berlangsung selama 17 hari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sirap Limau & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua pelajar berusia 16 tahun diarah bersihkan kesan darah di tempat Zara Qairina Mahathir diletakkan selepas ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu

Menerusi laporan Berita Harian, pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Mustapha, Limauan, Linah Mansoding, 65, memberitahu mahkamah, warden utama yang dikenali sebagai Ustaz Azhari, dipercayai telah mengarah dua pelajar itu untuk membersihkan kawasan berkenaan selepas Zara Qairina dibawa ambulans.

"Ada darah keluar dari kaki Zara. Mereka membersihkan kawasan tempat Zara dialihkan selepas ambulans beredar.

"Seorang pengawal keselamatan lelaki turut membantu dengan menyalakan lampu suluh untuk mereka.

"Bagaimanapun, kesan darah itu yang sudah menjadi hitam masih boleh dilihat sehingga sekarang," katanya.

Menurutnya, tompokan darah di lokasi asal Zara Qairina ditemukan berhampiran longkang akhirnya hilang akibat hujan lebat.

Saksi memberitahu mahkamah ada melihat dua pelajar, seorang rakan sekelas dan Ustaz Azhari memindahkan Zara Qairina.

Katanya, ketika itu Zara Qairina tidak memakai tudung, sebahagian bahagian atas tubuhnya terbuka dan tidak terdapat selipar atau kasut berdekatan.

SAYS.com

Bangunan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu tempat berlangsungnya inkues kes Zara Qairina Mahathir.

Image via X

Turut melihat darah mengalir dari tengkuk dan kaki kiri mangsa dengan tulang terkeluar dari kakinya

Linah berkata, kejadian itu disaksikan dari lokasi pelajar berusia 13 tahun terbabit ditemukan hingga kawasan hadapan rumah seorang lagi warden berhampiran pintu keluar sekolah.

Saksi turut meniru bunyi mencungap untuk menggambarkan reaksi Zara Qairina ketika cuba dikejutkan sementara menunggu ambulans yang hanya tiba selepas sejam.

Peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, bertanya mengapa pelajar itu dialihkan.

"Saya tidak pasti, tetapi mereka kata kasihan padanya (Zara Qairina)," jawabnya sambil menambah kawasan tempat Zara ditemui itu sudah dua bulan bergelap tanpa lampu.

Saksi turut mendedahkan Ustaz Azhari pernah memintanya memadam gambar yang diambil ketika pertama kali Zara Qairina ditemukan.

"Beliau minta saya padam kerana bimbang ia akan tersebar jika pelajar lain meminjam telefon saya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: