Wanita Tuduh Fadhlina ‘Sepupu’ Dengan Pengetua Sekolah Arwah Zara Qairina Mohon Maaf
Boleh jadi pengajaran kita semua untuk tak sebar tanpa usul periksa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita yang mengeluarkan dakwaan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ada hubungan keluarga dengan pengetua sekolah Zara Qairina tampil mengemukakan permohonan maaf
Menerusi sebuah hantaran wanita terbabit di Facebook, dia memberi permohonan maaf secara terbuka kepada Fadhlina atas komennya itu.
"Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah zara.tanpa selidik saya terus komen macam ni di FB.
"Apa yang saya komen tu semua dapat dari live Jufazli Shi Ahmad dan dari screen record orang share dekat tiktok.
"Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah, apa yang saya komen ini. Saya juga tidak tahu jika komen begini dapat info dari Jufazli, bukan dari saya boleh dikenakan undang-undang.
"Sekali lagi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini, dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini," tulisnya.

Tangkap layar kenyataan yang dikeluarkan wanita itu sebelum ini.
Image via FacebookBuat laporan polis lepas gambar sekeluarga disebarkan
Dalam sebuah lagi hantaran wanita itu di Facebook, dia mendedahkan telah membuat laporan polis untuk keselamatan susulan gambarnya sekeluarga didakwa telah disebarkan.
"Laporan polis telah dibuat untuk orang yang viralkan gambar kami sekeluarga, laporan polis dibuat untuk keselamatan kami.
"Diminta untuk berhenti sebar gambar anak-anak dan suami saya yang tidak terlibat.
"Berhenti Whatsapp atau call suami saya yang tidak tahu apa-apa nombor telefon yang disebar bukan nombor telefon saya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 