Wanita Tekad Berhenti Kerja Selepas Ditekan Kena Menari Di Majlis Makan Malam Syarikat
Dia mendakwa bosnya mewajibkan setiap pekerja membuat persembahan di majlis makan malam itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pekerja wanita letak jawatan selepas dipaksa menari di majlis makan malam akhir tahun syarikatnya
Menerusi laporan portal berita Taiwan, EBC, wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 26, sebelum ini bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah agensi periklanan kecil sebelum acara akhir tahun itu menjadi punca mendorongnya untuk berhenti.
Dia mendakwa bosnya mewajibkan setiap pekerja membuat persembahan di majlis makan malam itu, yang kemudiannya memberi kesan mental kepada mereka.
Untuk mengurangkan kos, syarikat itu juga telah mengehadkan elaun makan bulanan pekerja dan menggunakan simpanan itu untuk membayar makan malam tahunan.
"Makan malam itu tidaklah besar, tetapi bos mewajibkan semua orang naik ke pentas untuk menyanyi atau menari dan kami juga terpaksa mengendalikan sendiri pengacaraan," katanya, sambil menambah bahawa ia amat meletihkan bagi pekerja yang bersifat introvert.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kempas Medical CentreSebagai pendatang baru, dia bimbang dilabel bukan 'team player' dan akhirnya akur dengan arahan
Bersama dengan rakan sekerja lain, mereka mengorbankan waktu rehat makan tengah hari dan waktu selepas kerja untuk berlatih menari mengikut lagu APT, tanpa menerima sebarang bayaran lebih masa.
Pada hari acara tersebut, wanita itu berkata dia hampir tidak mempunyai masa untuk menikmati makan malam kerana masa sebahagian besarnya dihabiskan untuk menunggu membuat persembahan.
Lebih buruk lagi, kebanyakan hadiah cabutan bertuah hanyalah kotak hadiah PR atau baucar yang disediakan oleh vendor, malah katanya lagi dia tidak memenangi apa-apa langsung.

Gambar sekadar hiasan
Image via DC Studio/FreepikChen menyifatkan acara itu sebagai "OT dalam penyamaran"
Wanita itu berkata hadiah cabutan bertuah yang berbaloi juga kurang bersama-sama dengan bonus akhir tahun yang mengecewakan, membuatkannya tawar hati sehingga memutuskan untuk meletak jawatan.
"Makan malam tahunan sepatutnya memberi ganjaran kepada pekerja. Ia harus dikendalikan oleh pengacara dan penghibur profesional supaya semua orang dapat benar-benar berehat," katanya.
Selepas bertukar pekerjaan, Chen berkata dia berasa lebih berpuas hati dengan peranan baharunya, yang menawarkan faedah yang lebih baik dan kenaikan gaji sebanyak NT$5,000 (kira-kira RM622).
Dia menambah, kisahnya boleh jadi peringatan kepada majikan untuk menghargai masa dan perasaan pekerja, dengan berkata, "Makan malam tahunan harus menjadi perhimpunan yang menggembirakan, bukan pentas persembahan yang buatkan mereka tertekan."
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 