Wanita Tegur Budak Buat Bising Dekat Gym, Selamba Tunjuk Jari Tengah – “Biar Aku Ajar”
Insiden itu membuat wanita terbabit bengang dan bertindak menegur budak tersebut.
Cover image via @iamkayrashid (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kanak-kanak sememangnya perlu diajar adab menghormati orang tua, lebih-lebih lagi di tempat awam
Jika tidak diajar, kemungkinan mereka akan bersikap biadap dengan sesiapa sahaja dan ia akan memalukan ibu bapa sendiri.
Seperti apa yang terjadi baru-baru ini apabila seorang wanita bertindak menegur seorang budak yang mengacaunya ketika sedang berada di sebuah pusat gym.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @iamkayrashid, kelihatan wanita tersebut sedang work out di gym itu yang terletak di sebelah kolam mandi.
Namun, ada satu insiden yang membuatnya bengang dan bertindak menegur seorang budak yang berada di luar gym.
Image via @iamkayrashid (TikTok)
Bukan saja buat bising, tapi siap tunjuk jari tengah
"Ada budak tepi gym ketuk-ketuk cermin. Lepas tu dia tunjuk f*ck dengan muka tak bersalah. Takpa, mak tak ajar. Mak cik ni ajarkan ye.
"Aku pergi terus kat pool tanya anak siapa ni? Sorang akak tu jawab itu anak dia. Aku cakap sorry kak, saya kena ajar anak akak kurang ajar sangat tunjuk f*ck ni. Akak tu approve jelah," katanya.
Image via @iamkayrashid (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


