Wanita Tak Tahan & Berpisah Dengan Teman Lelaki Sebab Selalu Parkir OKU, Guna Laluan Kecemasan

Mungkin satu keputusan yang tepat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya yang mempunyai tabiat memandu di lorong kecemasan dan meletakkan kereta di parkir orang kurang upaya (OKU)

Dalam sebuah hantaran pendedahan yang dikongsi menerusi laman Facebook XUAN, wanita itu berkata dia telah berhadapan dengan masalah tersebut ketika mereka mula bersama.

"Dia asyik memberitahu saya bahawa jika dia tidak meletakkan kereta di situ, orang lain akan tetap meletakkan kereta, jadi lebih baik dia menggunakannya.

"Kami telah 'berperang dingin' selama seminggu mengenai perkara ini," katanya.

Walaupun lelaki terbabit telah berhenti meletakkan kereta di tempat khas berkenaan selepas pertengkaran itu, wanita tersebut berkata dia tidak pasti sama ada teman lelakinya akan terus berbuat demikian apabila bersendirian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Gem Car Rental

Masalah memuncak berlaku semasa Tahun Baru Cina, apabila wanita itu bergerak bersama bekas teman lelakinya dari Perak ke Kuala Lumpur

Semasa perjalanan, lelaki terbabit telah menggunakan lorong kecemasan untuk memotong lalu lintas. Dia menjelaskan bahawa walaupun bahagian tertentu lebuh raya ditetapkan sebagai 'smart lane', lelaki itu terus menggunakan lorong kecemasan walaupun selepas bahagian yang ditetapkan itu berakhir.

"Dia enggan mendengar. Dia kata orang lain melakukannya, dan dia bodoh jika tidak berbuat demikian. Dia kata jika dia tertangkap, dia hanya akan berpura-pura tidak tahu lorong pintar itu telah berakhir," katanya.

Wanita itu menambah dia memberi amaran kepada lelaki tersebut tentang potensi akibat menyekat lorong kecemasan, terutamanya jika ambulans perlu melaluinya. Dia memberitahu bahawa tingkah laku sedemikian boleh meragut nyawa seseorang jika bantuan perubatan ditangguhkan walaupun beberapa minit.

Selepas kembali ke Kuala Lumpur, dia memaklumkan telah menghabiskan malam memikirkan kejadian itu sebelum bertindak memutuskan hubungan.

Menurutnya, dia tidak mahu pasangan yang memiliki tingkah laku sedemikian dan tidak mahu terlibat dalam sesuatu yang berpotensi menyebabkan kemudaratan atau kematian.

Dia menambah bahawa bekas teman lelakinya sejak itu memberitahu orang lain bahawa dia merupakan seorang yang cerewet dan berlagak, dengan beberapa rakan mereka menuduhnya membesar-besarkan perkara kecil.

"Apa yang mereka tidak tahu ialah saya sebenarnya telah kehilangan seseorang yang rapat dengan saya kerana sesuatu seperti ini," tulisnya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via BJAK

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: