Wanita New Zealand Bercadang Nak Pencen Di Malaysia, Ini Sebabnya
Menurutnya, dia berminat untuk menetap di Pulau Pinang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita warga New Zealand berkongsi tentang keputusannya untuk bersara di Malaysia
Menurut laporan Business Insider, warga emas yang dikenali sebagai Jill Tozer itu adalah seorang bekas ahli fisioterapi yang sudah menetap lama di Christchurch, New Zealand.
Difahamkan, gempa bumi di sana pada tahun 2011 menyebabkan sebahagian besar bandar Christchurch menjadi runtuhan dan perniagaan Tozer juga terjejas.
"Saya berfikir, adakah lebih baik saya tinggal di New Zealand dan membayar jumlah yang tidak masuk akal untuk sewa, tidak dapat pekerjaan dengan gaji yang baik, atau datang ke Malaysia dan hidup dengan pendapatan pelaburan?" katanya.
Image via Business Insider
Pilih Pulau Pinang sebagai destinasi untuk bersara
Menurutnya lagi, dia mendapat layanan yang baik daripada masyarakat di Pulau Pinang dan menyukai cuaca di sana.
"Jadi saya fikir, ya, saya ingin mencubanya. Sebab utama saya ke sini adalah kerana cuaca. Saya tidak pernah suka dengan cuaca sejuk.
"Saya suka dapat membiarkan pintu dan tingkap saya terbuka siang dan malam. Saya suka dapat pergi berenang pada bila-bila masa yang saya mahu," katanya lagi.
Di samping itu, kos sara hidup di Malaysia yang lebih rendah sangat membantu gaya hidupnya. Perbelanjaan sara hidup bulanannya, termasuk bil dan makanan, selalunya kurang daripada RM4,000.
"Makanan bagi saya sangat murah. Saya tidak makan daging, tenusu, keju, atau apa-apa seperti itu yang diimport dan mahal.
"Seronoknya dapat berjumpa dengan orang ramai tanpa perlu risau tentang harga," tambahnya.


Cover image via 