Wanita Mohon Bantuan Cari Penerima Wang Miliknya Yang Tersalah 'Transfer' Sebab Mengantuk

Harap dapat baliklah duit tu.

Cover ImageCover image via eCentral & Sabahnews

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Disebabkan kepenatan pulang dari kerja, seorang wanita menghadapi isu tersilap menghantar duit kepada orang lain baru-baru ini

Menerusi perkongsiannya di X, wanita itu memohon bantuan netizen untuk mencari individu bernama Nur Amira Nabiha Binti Saleh, pemilik akaun yang menerima wang tersebut.

Menurutnya, dia tidak perasan nama yang tertera untuk menerima wang berkenaan akibat kepenatan selepas pulang dari kerja dan hanya satu digit sahaja yang tersilap diisi olehnya.

Image via X

Image via X

Laporan polis dan kepada pihak bank sudah dilakukan tetapi tetap perlu bergantung kepada kerjasama penerima

Dia turut memberitahu laporan polis sudah dibuat di samping merujuk kepada pihak bank untuk membuka laporan dan dihantarke pihak atasan.

Namun begitu, ia tetap tidak menjadi satu jaminan wang tersebut dapat dikembalikan semula kerana kerjasama dari pihak penerima tetap diperlukan.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, ada juga netizen mencadangkan kepadanya untuk menghantar mesej kepada penerima dengan membuat transaksi 1 sen kepada wanita terbabit.

Menerusi transaksi itu dia boleh meletakkan remark 'tersalah bank-in' diikuti dengan nombor telefon supaya pihak penerima dapat menghubungi dan memulangkan semula duitnya.

Image via X

Image via X

Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: