Wanita Malaysia Travel Dari Penang Ke Europe Guna Jalan Darat Dengan Bajet RM3,500 Je!

Biar betul!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @siaosparrow (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita warga Malaysia tular selepas mendedahkan hanya membelanjakan kira-kira RM3,500 untuk pengangkutan perjalanan darat dari Malaysia ke Eropah

Individu tersebut, yang berkongsi perjalanannya di Instagram Travel With Sparrow, membuat hantaran video informasi pengangkutan kereta api dan bas yang dinaikinya dari Pulau Pinang sehingga ke Poland.

Video itu telah mendapat lebih satu juta tontonan, dengan ramai netizen meluahkan rasa ingin tahu akan perbelanjaan kos perjalanannya.

Melalui videonya, dia menjelaskan bahawa dia mengembara dari Malaysia melalui Thailand dan Laos ke China, sebelum meneruskan perjalanan ke Mongolia dan Rusia serta akhirnya tiba di Eropah Tengah, termasuk Estonia dan Poland.

SAYS.com
Image via @siaosparrow (Instagram)

Boleh mendapatkan pilihan lebih jimat tetapi dia memilih yang lebih selesa

Sebagai contoh, walaupun perbelanjaan untuk kereta api lama di Thailand berharga serendah RM33, dia memilih perkhidmatan kereta api yang lebih baharu dengan harga kira-kira RM130 dari Bangkok ke Nong Khai untuk perjalanan yang lebih selesa.

Begitu juga, walaupun banyak laluan menawarkan tiket tempat duduk sahaja yang lebih murah, dia kerap memilih sleeper train supaya dia boleh berehat dengan selesa semasa perjalanan jauh.

SAYS.com
Image via @siaosparrow (Instagram)

Berkongsi bahawa laluan tertentu boleh jadi jauh lebih murah jika mengutamakan bajet berbanding keselesaan

Sebagai contoh, kereta api tanpa henti dari Beijing ke Mongolia berharga RM776, tetapi laluan alternatif yang melibatkan gabungan pemindahan kereta api dan bas boleh menawarkan harga kira-kira RM177.

Menurutnya, pelancong yang sanggup mengorbankan sedikit keselesaan berpotensi mengurangkan kos pengangkutan mereka sehingga separuh.

Wanita itu juga berkongsi bahawa dia bukanlah berasal daripada latar belakang yang orang berada, menggambarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia biasa yang mula melancong semata-mata kerana minat dan bukannya keistimewaan.

Dia mendedahkan bahawa kini dia telah melawat lebih 50 buah negara dan baru-baru ini telah sampai ke benua Antartika, sebelum berusia 30 tahun.

SAYS.com
Image via @siaosparrow (Instagram)

Lihat video pengembaraanya di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik