Wanita Malaysia Jelaskan Sebab Lepaskan Kewarganegaraan & Pilih Untuk Jadi PR Di Singapura

Difahamkan, kestabilan keluarga, peluang yang sama rata dan masa depan anak-anaknya akhirnya membentuk keputusannya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Roslan Rahman/AFP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita kelahiran Malaysia menjadi tular selepas membuat perkongsian peribadi berkenaan sebab memilih melepaskan kewarganegaraan Malaysianya dan menjadi warganegara Singapura

Dalam sebuah hantarannya di Facebook, wanita itu berkata keputusan itu bukanlah sesuatu yang dibuatnya dengan mudah, mengakui bahawa dia bergelut dengannya selama bertahun-tahun kerana percaya bahawa tiada siapa yang mahu keluar daripada asal usul mereka.

Walau bagaimanapun, memandang kepada realiti, tanggungjawab keluarga dan kehidupan yang telah dibinanya di Singapura akhirnya mendorong dirinya untuk membuat apa yang digambarkannya sebagai 'jalan paling praktikal'.

"Melepaskan Kad Pengenalan Biru itu tidak bermakna saya tidak mencintai Malaysia.

"Kampung halaman saya akan sentiasa menjadi asal usulnya saya, tetapi hidup memerlukan jalan ke hadapan," tulisnya.

Dia menjelaskan bahawa salah satu sebab terbesar di sebalik keputusannya adalah realiti untuk membina kehidupan dan kerjaya di tempat lain

"Tempat dari mananya saya datang tidak mempunyai peluang yang jelas untuk saya," tulisnya, merujuk kepada kekurangan peluang di tempat yang masih dianggapnya sebagai rumah.

Dia menjelaskan bahawa walaupun ramai orang memberitahunya bahawa dia sentiasa boleh kembali ke Malaysia untuk membina kerjayanya, bekerja di tempat-tempat seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, selain kampung halamannya yang kecil, masih akan terasa seperti berada di 'tanah asing' selepas menghabiskan sebahagian besar kehidupan dewasanya di Singapura.

Wanita itu berkata dia pertama kali berpindah ke Singapura pada usia 18 tahun, lama-kelamaan negara itu menjadi tempat yang paling dapat dia kaitkan dengan kedewasaan, perhubungan dan kestabilan.

"Tahun-tahun terbaik saya, jalan-jalan yang paling saya kenali dan lingkungan rakan-rakan saya yang paling stabil semuanya ada di sini. Bagi saya, Singapura adalah bandar yang benar-benar menyaksikan saya membesar," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan,

Image via Suhaimi Abdullah/NurPhoto/AFP

Menurutnya, menjadi warganegara Singapura pada akhirnya adalah tentang menjaga kebersamaan keluarganya

Menurutnya, mempunyai anak telah mengubah sepenuhnya cara dia melihat kewarganegaraan, kewangan dan keselamatan jangka panjang di mana membesarkan anak-anak di Singapura sebagai Permanent Resident (PR) menjejaskan kestabilan kewangan dan meletihkan emosi.

Tambahnya, dia tidak dapat menerima cadangan untuk meninggalkan anak-anak di Malaysia sementara dia terus bekerja di luar negara sendirian.

"Sebaik sahaja anda mempunyai anak, tekanan realiti bukanlah sesuatu yang lucu. Wang boleh diperoleh secara perlahan-lahan, tetapi jika anda terlepas melihat anak membesar, pengalaman itu tak akan dapat diulang.

"Saya mahu dapat memeluk mereka setiap hari apabila saya pulang ke rumah, bukan hanya bercakap dengan mereka melalui panggilan video," katanya.

Isu kesamarataan dan peluang juga antara perkara yang dibangkitkannya

Tanpa menghuraikan secara terperinci, dia berkata merasakan bahawa di Malaysia, kerja keras tidak selalunya menjamin peluang yang sama rata disebabkan apa yang dia sifatkan sebagai 'halangan yang tidak kelihatan'.

"Saya mahu anak-anak saya bersaing dalam persekitaran yang adil pada masa hadapan, di mana mereka tidak perlu ditolak ke barisan belakang kerana identiti mereka," tulisnya.

Tambahnya, pandemik COVID-19 juga mengubah perspektifnya tentang kehidupan, dengan mengatakan ketidakpastian semasa tempoh perintah berkurung membuatnya menyedari bahawa hidup tidak mempunyai jaminan untuk 'peluang kedua'.

"Anda tidak pernah tahu yang mana akan datang dahulu, hari esok atau tragedi yang tidak dijangka. Memandangkan hidup datang tanpa jaminan, saya mahu memilih cara hidup sekarang yang membolehkan saya lebih tenang dan gembira," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Roslan Rahman/AFP

Walaupun keputusannya bersifat emosional, wanita itu menekankan bahawa melepaskan kewarganegaraan Malaysianya tidak bermakna meninggalkan asal usul atau identitinya

"Rasa kekitaan seseorang sebenarnya bukan tentang warna pasport mereka.

"Ia tentang sama ada orang yang anda sayangi berada di sisi anda apabila anda bangun, dan sama ada kehidupan yang anda jalani adalah kehidupan yang anda inginkan," tulisnya.

Perkongsiannya itu telah mencetuskan perbincangan meluas dalam talian, dengan ramai rakyat Malaysia mengaitkan keseimbangan yang sukar antara identiti nasional, realiti ekonomi, pengorbanan keluarga dan usaha mengejar masa depan yang lebih baik di luar negara.

Data kerajaan yang dilaporkan sebelum ini menunjukkan bahawa lebih 61,000 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun, dengan majoriti besar memilih Singapura sebagai rumah baharu mereka.

Ramai yang mendedahkan anatar faktornya adalah peluang kerjaya dan gaji yang lebih tinggi, kestabilan keluarga, pendidikan dan keselamatan jangka panjang untuk anak-anak.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Roslan Rahman/AFP

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik