Wanita Datang Ke Hospital Untuk Melawat Rakan, Buka Tingkap Dan Terjun Dari Tingkat 5

Tekanan hidup seringkali menjadi punca.

Enlarge text
Logo

Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami patah tulang belakang selepas bertindak terjun dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar petang semalam

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam menyaksikan seorang wanita yang membuka tingkap hospital di tingkat lima kemudian terjun lalu terhempas di tingkat dua. Saksi kejadian sempat merakam aksi berbahaya wanita tersebut dan (https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/836691569841888/) berdurasi 20 saat itu tersebar di media sosial.

Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, mangsa difahamkan datang ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk melawat rakannya.

Mangsa kemudiannya bertindak naik ke tingkat lima sebelum terjun dan terhempas di tingkat dua bangunan hospital berkenaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara kesan buruk tekanan hidup yang tidak dapat dikawal:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: