Wanita Britain Yang Label Nasi Lemak Sangat Teruk Buat ‘U Turn’ Lepas Rasai Sajian Sebenar
Haaa baru hang tau!
Cover image via Twitter @KatieMorley_Baru-baru ini, seorang wanita Mat Salleh yang merupakan wartawan Britain 'diserang' oleh rakyat Malaysia selepas memberi rating 0/10 terhadap Nasi Lemak
Wanita berkenaan, Katie Morley menerusi Twitter melabel Nasi Lemak sebagai hidangan yang 'sangat teruk', siap dengan rating 0/10 lagi.
Katie dijamu dengan hidangan Nasi Lemak tersebut ketika dalam penerbangan 13 jam bersama British Airways.
Image via Twitter @KatieMorley_
Sehari selepas tweet tersebut viral, Katie berkata dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak
Katie turut berkata British Airways jelas sekali tidak menghidangkan Nasi Lemak versi sebenar dan dia berharap untuk mencuba 'the real thing' satu hari nanti.
Katie kemudian membuat keputusan untuk menjamu selera di sebuah restoran Malaysia di London.
Kali ini, tanggapannya terhadap Nasi Lemak terus bertukar.
"You are right, it's delicious!" tulis Katie di Twitter.
Dia turut memuat naik sekeping swafoto dan sekeping gambar hidangan Nasi Lemak sebenar yang dinikmatinya di restoran berkenaan.
Image via Twitter @KatieMorley_
Image via Twitter @KatieMorley_
Katie menikmati hidangan Nasi Lemak tersebut di Zheng yang terletak di Chelsea
Image via Zheng Chelsea
Restoran Zheng mengkhususkan menu masakan Malaysia tetapi mereka juga menyajikan hidangan dari bahagian lain di Asia.
Menurut laman web Zheng, sepinggan hidangan Nasi Lemak yang disajikan dengan Rendang Ayam berharga GBP14.90 (RM79.16).

