Wanita Kongsi Realiti Sebenar Berpantang Di Rumah Mentua – “Sedih & Tertekan”
Kesian akak ni, tak patut mentua dia buat macam itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tempoh berpantang sepatutnya menjadi fasa paling penting untuk seorang ibu baharu kerana itulah masa untuk pulih, berehat dan menguatkan semula emosi serta fizikal selepas melalui detik kelahiran yang bukan mudah
Namun, bukan semua wanita berpeluang melalui fasa berpantang yang selesa. Ada yang melalui pengalaman yang berbeza sama sekali.
Pengalaman yang memenatkan, menyakitkan dan membuatkan mereka menyesal kerana berpantang di rumah mentua.
Seperti kisah seorang wanita di laman Threads baru-baru ini yang berkongsi realiti berpantang di rumah mentuanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Pantang PlusSetiap hari mandi air sejuk, tak bertangas dan bertungku
Menurut wanita berkenaan, banyak perkara yang membuatnya berasa tertekan ketika berpantang di rumah mentuanya.
"Menyesal berpantang di rumah mertua. Tak rasa macam berpantang pun, sebenarnya cuma nak main dengan cucu! Sedih sangat, mandi air sejuk, makan lauk sama setiap hari. Panaskan lauk semalam tapi tak simpan dalam peti, dibiarkan terbuka atas meja.
"Walaupun dah masam, bila kita cakap dah masam dia cakap boleh makan lagi, Kuah atau sayur langsung tak ada . Mandi pon air sejuk, tak bertangas atau bertungku just pantang makanan tu je itu pon lauk sama . Badan pun rasa tak sedap dan tak pulih sepenuhnya," luahnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via I-ConfidentMak mentua suka kacau waktu anak tidur, bila anak nangis disuruh beri susu
"Pantang di rumah mertua memang buat saya tertekan. Bila anak tidur, dia ambil, sedangkan saya pun perlukan rehat. Bila anak menangis, baru diberi semula suruh saya susukan. Bila anak diam, dia ambil balik.
"Bilik tak di bagi kunci, pintu sentiasa dibuka dan selalu intai. Dia je betul. Sampai nenek saya sendiri pun dia tak bagi pegang kalut nak ambik baby balik, sedangkan nenek saya tu bekas bidan dan ada 9 anak. Tapi bab jaga saya berpantang, langsung tak ada. Banyak yang dia buat ikut mitos, Dia jenis kalut gelabah ,stressnya.nak cepat balik," katanya lagi.
Menurut wanita itu lagi, dia pada mulanya ingin mengambil confinement lady (CL), namun ibu mentuanya menghalang dengan alasan mahu menjaganya sendiri.
"Ada yang tanya kenapa tak ambil confinement lady (CL), mana mak saya, mana suami saya? Kalau boleh memang saya nak hire CL, tapi apakan daya, mertua sendiri yang larang, katanya nak jaga saya.
"Nak panaskan air untuk mandi pun tak dibenarkan. Mak saya? Mak saya tak sihat sepenuhnya. Suami? Kami PJJ, dia jauh dari saya. Awal-awal dulu mertua saya okay je, tapi bila cucu lahir terus berubah. Bab mandi air sejuk pula, dekat Kelantan ni bukan sejuk biasa, musim hujan ibarat mandi ais," kongsinya.
Lihat ciapan penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 