Wanita Kongsi Pengorbanan Ayah Sanggup Galas Tanggungjawab Lepas Pemergian Arwah Suami
MashaAllah, semoga pak cik dipanjangkan umur.
Cover image via @fatinyusuf_ (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kehilangan pasangan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diharungi oleh mana-mana individu yang sudah lama berkahwin
Dalam sebuah perkongsian di Thread, seorang wanita membuka kisah hidupnya yang cukup meruntun jiwa tentang bagaimana ayahnya menjadi tulang belakang baharu setelah pemergian arwah suami.
Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Fatin, selepas suami meninggal dunia, ayahnya kembali memikul tanggungjawab yang pernah dilaksanakan oleh menantu kesayangannya.
"Lepas arwah suami pergi meninggalkan kami, abah la yang banyak membantu. Abah kembali memikul dan mengambil tanggungjawab untuk menjagaku dan anak-anakku.
"Abah ambil tanggungjawab mengganti semua tugas arwah suami dulu. Kalau boleh semua benda dia nak tolong smpai kadang-kadang kita tak nak bagitahu dia, tak nak susahkan dia," katanya.


Walaupun dah berusia 75 tahun tapi masih gagah
"Umur dah mencecah 75 tahun tapi masih kuat dan gagah. Terima kasih abah sentiasa ada dan setia menjaga saya yang dah besar panjang ni. Ini lah insan yg bergelar 'ayah'. Insan yang paling saya sayang," katanya lagi.
Dalam pada itu, warganet turut tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh warga emas itu. Mereka juga mendoakan agar pak cik tersebut sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.




Lihat Threads di bawah:
View on Threads


