Wanita Kecewa Gagal Selamatkan Nyawa Rakan, Cuba Beri CPR Walaupun Tangan Patah

Mangsa bersama rakannya berada di dalam kenderaan e-hailing sebelum terlibat dalam kemalangan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berusia 23 tahun di Singapura maut selepas kereta sewa peribadi yang dinaikinya merempuh bahagian belakang bas, hanya beberapa minit sebelum sampai ke rumahnya

Menerusi laporan Shin Min Daily, seorang rakan mangsa yang terselamat berasa sedih menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa, walaupun cuba melakukan CPR dengan hanya sebelah tangan disebabkan sebelah lagi tangannya patah.

Nahas maut itu berlaku kira-kira 5.35 pagi pada hari Sabtu, 2 Ogos, di persimpangan Yishun Avenue 2 dan Yishun Central 1, Singapura. Menurut polis, kenderaan itu telah melanggar bahagian belakang sebuah bas SMRT.

Mangsa, Leong Weini berusia 23 tahun, tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia.

Rakannya yang terselamat, dikenali sebagai Wong Meiyi berusia 20 tahun, memberitahu Leong telah terlelap di tempat duduk belakang sejurus selepas masuk ke dalam kereta manakala dirinya duduk di sebelah kiri Leong ketika kemalangan berlaku.

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Tangan saya terkena tempat duduk dan berasa sangat sakit.

"Leong mungkin terlanggar tempat duduk hadapan. Selepas itu, dia rebah menimpa saya," katanya.

SAYS.com
Image via Shin Min Daily NewsImage via

Mangsa dilihat tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di kepala, hidung dan mulutnya

Dia memanggil namanya dan memegang tangannya, dan Leong bergerak sedikit sebagai tindak balas.

"Saya cuba menyelamatkannya. Saya melakukan CPR ke atasnya di dalam kereta, tetapi saya hanya mempunyai satu tangan yang boleh diguna.

"Tangan yang lagi satu terlalu menyakitkan untuk digunakan," katanya.

Wong kemudian keluar dari kereta dan menangis meminta tolong.

Menurutnya, pemandu bas itu tampil membantu dan menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan polis.

SAYS.com
Image via mothership sg

Wong berkata dia dan Leong mempunyai ikatan yang sangat rapat dan melakukan hampir segala-galanya bersama-sama

Dia memberitahu dirinya masih mempunyai rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan rakannya sehingga menyebabkan trauma.

"Saya memberitahu mereka untuk menghantarnya ke hospital dahulu. Mereka terus memberitahu saya dia akan baik-baik saja tetapi akhirnya, saya seorang sahaja yang terselamat," katanya.

Bapa Wong, yang bekerja sebagai pemandu ride-hailing, memaklumkan bahawa anak perempuannya sangat sedih apabila mendapat tahu berita kematian Leong.

Keluarganya pada mulanya cuba elak memberitahu berita itu kepadanya, tetapi apabila dia akhirnya sendiri mendapat tahu, dia mengalami masalah patah hati yang teruk sehingga terpaksa diberi ubat penenang.

SAYS.com

Wong dilihat menangis pada keranda mendiang rakannya.

Image via Shin Min Daily News

Bapa Leong menyifatkan mendiang sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab

Menurut bapa mangsa, dia telah bekerja sambilan dalam bidang perakaunan dalam masa yang sama mengambil diploma.

Tambahnya, mendiang pernah menerima biasiswa dan berharap untuk menjadi seorang akauntan profesional selepas tamat pengajian.

"Dia sentiasa berkelakuan baik dan sangat memahami. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia belajar bersungguh-sungguh dan tunjuk keputusan yang bagus.

"Dia bekerja sambil belajar untuk menyara dirinya dan juga membantu menjaga adik-adiknya. Kami sedikitpun tidak perlu risau tentang dia," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: