Wanita Ini Buat ‘Roadtrip’ Dari Penang Ke Thailand, Kemboja, & Vietnam Dengan Hanya RM686!
Total keseluruhan yang digunakan untuk penginapan dan transportation.
Cover image via Hajar Sekeri / FacebookBila bercakap pasal travel mesti rata-rata akan berfikir yang ianya akan 'makan' duit yang banyak. Mana taknya, dengan kos flight, hotel, makan dan sebagainya perlu ditanggung sendiri.
Image via Giphy
Sebenarnya kos yang diperlukan tidaklah seperti yang disangka jika anda menggunakan cara yang betul. Namun, ianya mungkin akan menjadi lebih mencabar tapi sangat menyeronokkan! Lebih-lebih lagi jika anda travel dengan rakan-rakan yang tak kisah dengan konsep backpacking.
Pernah tak anda terfikir untuk travel dalam masa seminggu ke 4 buah negara. Bunyi macam best kan?
Image via Giphy
Wanita ini yang dikenali sebagai Hajar di laman Facebook telah berkongsi itinerari lengkap ketika beliau travel ke Penang, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Memang adventurous habis tapi seronok!
Baca perkongsian penuh beliau di bawah:
Perjalanan hari pertama ke Thailand menggunakan tren dan kos yang dikenakan hanya RM147.20
Hello Thailand (by train) (RM147.20) Day 1
1. Butterworth – Padang Besar: RM11.40
2. Padang Besar – Hat Yai, Thailand: RM10
3. Hat Yai, Thailand – Bangkok: RM125.80 (tidur dalam train)
Image via Hajar Sekeri / Facebook
Perjalanan ke Bangkok pada hari ke dua
Hello Bangkok (RM30.60) Day 2
– Tiba di Hua Lamphong Station Bangkok pada jam 11am, dekat food court situ ada makanan halal so boleh berhenti makan dekat situ dulu
– Check-in backpackers hostel dekat Inn Station Hostel RM30.60. Lawa dan dekat je dengan stesen Hua Lamphong.
Image via Hajar Sekeri / Facebook
Perjalanan ke Kemboja pada hari ke empat
Hello Kemboja (RM84.29) Day 3
– Bangkok ke Aranyaprathet (48 baht, RM6). Nak pergi border untuk masuk tren di Kemboja paling awal pukul 5:55am selama 6 jam.
– Sampai border ambil Tuk Tuk untuk ke border Kemboja sebab jauh dalam 6km, boleh nego untuk dapat murah, kita orang dapat 80baht/tuktuk (RM10).
– Masuk jalan kaki cop passport lepas itu jalan kaki pergi tempat free bus shuttle untuk ke terminal bus.
– Sampai terminal bus (terminal bus paling krik krik, sebab tak ada orang) beli tiket bus ke Siem Reap, disebabkan tak ada orang, ada foreigners yang naik bus sekali dengan kita orang je, kita orang beli tiket harga 10USD, RM38.80 bus on the spot) sepatutnya harga 9USD pada jam 3pm.
– Sepanjang perjalanan dapat tengok surrounding di Kemboja, rasa speechless, rasa bersyukur dengan negara sendiri, cara pembangunan negara dorang jauh beza. Kemboja menggunakan US dollar tau, jarang pakai duit dia, kadang ada pakai Thailand baht.
– Sampai Siem Reap, check in hostel chill backpackers 11.2$ 2 nights for two people & rent a bicycle 2$/day nak jalan jalan pergi night market sebab jauh jugak dari hostel kita orang.
Image via Hajar Sekeri / Facebook
Hello Phnom Penh Capital of Cambodia. (RM158.50) Day 4
– Ambik tuktuk round the city (10$ for two people) tak pergi Angkor Wat sebab mahal gila entrance dia, 37USD = RM160+-
– Untuk pergi ke Vietnam kita orang ambik bus (Giant Ibis, servis 5 star).
– 2 stop (Siem Reap ke Phnom Penh, sleeper bus) & (Phnom Penh ke Ho Chi Minh) RM139.10.
Perjalanan ke Vietnam pada hari ke lima
Hello Vietnam! (RM83.24) Day 5
– Dari Siem Reap, pagi pukul 7am sampai di Phnom Penh, lepak sekejap di area situ sementara tunggu bus pukul 8am ke Ho Chi Minh, nanti masa naik bus, pekerja dia akan briefing, mintak & pegang passport kita, nanti nak masuk border Vietnam dia akan uruskan, kita ikut je dia.
– Sampai di Ho Chi Minh pukul 5 petang sebab jalan jammed teruk dengan motosikal, hon sana sini lagi.
– Drop dekat office Giant Ibis, lepas tu terus survey beli tiket bus nak ke Mui Ne pagi esok, nak murah & trusted company beli dekat Hanh Cafe dalam 360K VD return (RM63.36).
– Check in Hotel Saigon Inncrowd 226K VD for two person (RM19.88).
Tempat di Vietnam yang dipanggil Mui Nei. Ala-ala Dubai! Memang cantik sangat!
Hello Mui Ne (ala ala Dubai) (RM44) Day 6
– Ho Chi Minh ke Mui Ne pada jam 7am
– Check in Victory Guest House 260K VD (share for two/RM22.88).
– Jeep Tour 120K (RM21.12).
– Cover 4 tempat famous iaitu Fish Village, Fairy Stream, White Sand Dunes & Sunset at Red Sand Dunes. Sila bawak air mineral.
Image via Hajar Sekeri / Facebook
Image via Hajar Sekeri / Facebook
Perjalanan pulang ke Ho Chi Minh pada hari ke tujuh untuk balik KL!
Going back to Ho Chi Minh & Malaysia (RM138.32) Day 7
– Kembali ke Ho Chi Minh & Ben Thanh Market untuk shopping.
– Dekat Ben Thanh Market nak murah cari kedai dekat luar Market tu, situ pun ada kedai halal, anda boleh Google.
– Nak jimat punya pasal, lepas habis shopping terus terus naik grab untuk ke airport dan tunggu flight pagi esok (RM9.51/each)
– Vietnam ke Kuala Lumpur (RM128.81)
Terbaiklah Hajar! Jadi, apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan anda travel ke 4 tempat ni dengan menggunakan itinerari yang tersedia. 🙂
Image via The Elle-Rose Edit

