Benci Produk Melayu Sebab Krim Bakar Lemak Tak Panas, Wanita Ini Buat Laporan Polis
'Panas' betul akak ni ya.
Cover image via Malaysia! Networks/FacebookKalau kita lihat kini, sudah terlampau banyak produk pelangsingan yang berada di pasaran. Lepas satu, satu jenis produk dengan jenama berbeza dikeluarkan.
Mungkin bentuk dan cara penggunaannya berbeza tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk membakar lemak. Yelah, zaman sekarang semua orang mahukan badan yang ideal dan cantik. **Tambah-tambah lagi kaum perempuan termasuklah wanita ini…**
Image via Malaysia! Networks/Facebook
Hari ini, satu video yang memamaparkan wanita tersebut, menjadi viral di laman Facebook apabila beliau dikatakan bengang dengan satu produk pelangsingan. Disebabkan itu, beliau yang memperkenalkan diri sebagai Bella telah membuat laporan polis
Image via Malaysia! Networks/Facebook
Video tersebut menjadi viral selepas dimuatnaik oleh *page* [Malaysia! Networks](https://www.facebook.com/MalaysiaNetworks/videos/1113262615382187/) di laman Facebook pagi tadi. Baru beberapa jam saja dimuatnaik, sehingga kini video tersebut telah dikongsi lebih daripada 7 ribu kali dan mendapat lebih daripada 2 ribu *like*.
Melalui video tersebut, wanita ini memberitahu bahawa beliau begitu bengang kerana produk pelangsingan yang digunakannya langsung tidak panas
Baginya, itu sesuatu yang sangat pelik kerana produk pelangsingan seperti losen yang digunakan itu seharusnya menghasilkan rasa yang panas setelah disapu di bahagian yang berlemak. **Kalau tidak panas, macam mana mahu membakar lemak?**
Image via Malaysia! Networks/Facebook
Tambahnya lagi, beliau bukanlah tidak mampu untuk mencuba slimming treatment yang berharga puluhan ribu ringgit, cuma kali ini beliau ingin mencuba produk orang Melayu
Tetapi apakan daya, beliau memberitahu bahawa beliau sering dihampakan apabila menggunakan produk Melayu. Selain itu, beliau juga ada menyebut nama penjual produk tersebut dan berkata ***"I hate Malay product ok!"*** sebelum mengakhiri video tersebut.
Image via Malaysia! Networks/Facebook
Seperti yang telah dijangka, rata-rata netizen menghentam wanita ini semula. Semua komen berbaur sangat negatif dan sangat 'pedas'
Image via Malaysia! Networks/Facebook
Image via Malaysia! Networks/Facebook


