Wanita Hamil Maut Bersama Kandungan Selepas ‘Ditolak’ Oleh 4 Hospital Ketika Hendak Bersalin

Hospital keempat didakwa memerlukan bayaran dahulu sebelum mangsa mendapat rawatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nokenlive & Papua Link

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditolak masuk ke empat hospital untuk bersalin

Menerusi laporan Kompas, wanita hamil dari Kampung Hobong, Distrik Sentani di Wilayah Papua, Indonesia itu dilaporkan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungan selepas tidak menerima rawatan daripada beberapa hospital ketika hendak bersalin pada 18 November lalu.

Keluarga wanita yang dikenali sebagai Irene Sokoy itu memaklumkan dia dibawa dari Kampung Kensio sekitar jam 3 pagi dengan bot laju menuju ke Rumah Sakit (RS) Yowari untuk bersalin.

Namun, setibanya di hospital, mangsa tidak dapat dirawat dengan alasan berat bayi mencecah empat kilogram dan memerlukan pembedahan sebelum dia diminta dirujuk ke Rumah Sakit Umum Daerah Abepura (RSUD) Abepura pula.

Ketika tiba di RSUD Abepura, mangsa sekali lagi tidak dilayan dan dirujuk ke Rumah Sakit Dian Harapan. Namun, hospital itu turut menolak untuk memberikan rawatan dan merujuknya ke RS Bhayangkara.

SAYS.com

Mangsa, Irene Sokoy.

Image via Papua Link

Didakwa memerlukan bayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan

Setibanya di RS Bhayangkara, hospital itu didakwa meminta keluarga menyediakan wang tunai sebanyak lapan juta rupiah (RM26,450) bagi menampung kos pembedahan bersalin.

Disebabkan keluarga tidak mampu menyediakan bayaran, mereka membawa Irene ke RSUD Jayapura. Bagaimanapun, Irene disahkan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungan ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

Mendapat maklumat berkaitan insiden terbabit, Timbalan Ketua Daerah Jayapura, Harris Richard Yocku menyampaikan rasa dukacita atas pemergian ibu dan bayi itu.

"Berhubung kematian ibu dan anak, kami mengucapkan takziah dan mendoakan supaya keluarga terus diberikan kekuatan.

"Komitmen saya bersama Ketua Daerah adalah terus memperbaiki infrastruktur dan perkhidmatan di RSUD Yowari supaya lebih baik.

"Saya percaya tenaga perubatan sudah melakukan yang terbaik. Namun, mungkin ini memang satu bencana yang tidak dapat dielakkan sehingga ibu dan bayi meninggal dunia," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fikri Yusuf

Gabenor Papua menyatakan rasa berang terhadap penolakan pesakit oleh hospital terlibat

Gabenor Papua, Mathius Fakhiri menegaskan bahawa semua hospital dan pusat kesihatan komuniti (puskesmas) di lapan daerah dan satu bandar di wilayah itu tidak dibenarkan menolak pesakit atas apa jua alasan.

"Sekali lagi saya ingatkan kepada semua hospital, puskesmas dan tenaga perubatan dilarang menolak pesakit atas sebarang alasan termasuk kes kecemasan," katanya.

Bekas Ketua Polis Wilayah Papua itu menegaskan bahawa mereka yang menolak pesakit akan dikenakan tindakan tegas.

"Saya ulangi, jangan menolak pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Jika masih ada yang menolak, saya pastikan mereka dipecat," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: