Wanita Dicabul Ketika Joging Malam, Dipeluk Dari Belakang & Cuba Ditarik Ke Dalam Semak
Suspek berjaya ditangkap pihak polis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki ketika dia sedang joging di Taman Rekreasi Bukit Serindit pada Khamis
Lelaki terbabit difahamkan telah cuba menarik wanita berkenaan masuk ke semak untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.
Menerusi perkongsian di Facebook, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memberitahu pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 11 malam.
"Saya ada dimaklumkan ada berlaku kes cabul ketika mangsa tengah joging. Dia dipeluk dari belakang, ditekup mulut dan cuba ditarik ke dalam semak.
"Nasib ada orang lalu tolong," katanya.
Image via Mohd Noor Helmy (Facebook)
Pencabul berjaya ditangkap pihak polis untuk siasatan lanjut
Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Mohd Noor Helmy memberitahu pencabul itu kini sudah berada dalam tahanan pihak polis.
"Rasa baru je posting pasal cabul kat Taman Bandaraya Bukit Serindit, pencabul dah kene tangkap dah.
"Buat yang kene tangkap, pandai-pandailah bawak diri dalam sel tu," ujarnya.
Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, polis telah menahan seorang lelaki berumur 27 tahun yang cuba mencabul wanita terbabit.
Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki tersebut bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
"Permohonan reman ke atas lelaki berkenaan dibenarkan selama 4 hari sehingga 14 April 2025 dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau denda atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika disabitkan kesalahan," menurut siran media itu.
Polis Melaka juga menasihatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti terutama jika bersendirian bagi mengelakkan terjadi insiden yang tidak diingini.
Image via Mohd Noor Helmy (Facebook)
Image via Mohd Noor Helmy (Facebook)
Image via Mohd Noor Helmy (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 