Wanita Dedah Terima Nasib Sama Macam Dhamiah Dalam Drama Keluarga Itu, Dimakan Bapa Haruan
Kesian dia, trauma seumur hidup.
Cover image via @mursalinhanif123 (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Drama 'Keluarga Itu' kini semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia, apabila ia memaparkan kisah benar sisi gelap yang terjadi dalam sebuah keluarga
Drama di slot Lestary itu dibintangi oleh Rosyam Nor, Umie Aida, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Fattah Amin, Melissa Campbell dan ramai lagi.
Ia mengisahkan tentang kehidupan keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) dipenuhi dengan konflik dan perjuangan yang menguji kekuatan mereka.
Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, mempunyai empat orang anak iaitu Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Miltilda). Namun, meskipun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya.
Image via Tonton
Seorang wanita turut tampil mendedahkan pengalaman pahit yang terjadi kepadanya sama seperti watak Dhamiah, trauma jadi mangsa bapa sendiri
Baru-baru ini, tular di laman TikTok memaparkan video seorang wanita mendedahkan kisah hidupnya yang menjadi manga bapa haruan telah mencuri tumpuan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mursalinhanif123, wanita yang dikenali sebagai Lin menceritakan pengalaman pahit yang pernah terjadi dalam hidupnya apabila bapa kandungnya sendiri pernah menodai dirinya semasa zaman remaja.
Menurut Lin, lebih perit lagi adalah apabila ibunya sendiri tidak percaya selepas dia memberitahu dia menjadi mangsa si bapa haruan. Orang luar juga menganggap perbuatan bapanya itu sebagai aib dan tidak elok jika didedahkan kepada umum.
Image via @mursalinhanif123 (TikTok)
Pernah lari dari rumah banyak kali dan terfikir untuk bunuh diri
Menurut Lin lagi, selain menjadi mangsa untuk melepaskan nafsu si bapa, dia juga didera secara mental dan fizikal. Malah, sehingga kini parut di tangannya masih belum hilang.
Keperitan yang dilalui olehnya membuatkan Lin sering melarikan diri, merayau sendirian pada tengah malam dan pernah terfikir untuk menamatkan hayat diri. Kini, dia terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri kesan tragedi hitam yang menimpanya.
"Yang mana pernah lalui, bersuara lah dalam komen. Bangkitlah, kita kena berani. Memang dulu kita takut sebab kita dengar kata bapa haruan ni. Bila tak ada orang percaya kita, kita jadi takutlah.
"Jadi saya amat tertariklah dengan cerita Keluarga Itu ni. Alhamdulillah, akhirnya ada pengarah yang buat cerita ni supaya boleh buka mata-mata manusia yang buta hati, mak tak percaya anak, back up bekas suami. Saya pun tak fahamlah," katanya.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

