Wanita China Selamba Ludah Ke Muka Pegawai Imigresen Di Airport Kena Penjara
Memang cari nahas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita warga China dipenjara selepas meludah ke arah seorang pegawai imigresen
Menerusi laporan VnExpress, kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Changi, Singapura itu turut mengakibatkan individu terbabit diharamkan memasuki negara itu semula.
Wanita tersebut, Ceng Li Xiao, 38, dikenakan hukuman penjara lapan minggu pada 4 September lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang seorang penjawat awam dan mencetuskan gangguan awam.
Dokumen mahkamah menunjukkan Ceng tiba di Terminal 4 pada pagi 16 Ogos tetapi telah dihalang daripada memasuki Singapura di bawah Perintah Imigresen (Larangan Kemasukan).
Walau bagaimanapun, punca larangan kemasukannya ke Singapura tidak didedahkan.

Tidak beri kerjasama ke atas arahan pihak berkuasa
Wanita terbabit diarahkan untuk ke sebuah ruang menunggu untuk proses pengusiran namun bertindak tidak beri kerjasama dengan pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), empat pegawai ICA cuba mengiringinya untuk dihantar pulang dengan menggunakan kerusi roda.
Ketika itu, Ceng menjerit berulang kali selama dua minit dan cuba bangun sebelum tiba-tiba berpaling dan meludah tepat ke arah muka pegawai yang cuba menahannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 