Wanita Buta Ini Jadi Bualan Ramai Selepas Ramal Trump Akan Dapat Penyakit Pada Tahun 2020

Ramalannya tepat kali ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via google
Logo

Sebelum ini wanita buta dari Bulgaria itu pernah menjadi bualan hangat apabila membuat ramalan tepat mengenai Brexit, serangan menara World Trade Centre (WTC) dan juga kebangkitan ISIS

Pernahkah anda mendengar kisah wanita yang bernama Baba Vanga ini? Beliau menjadi bualan hangat kerana telah membuat beberapa ramalan yang tepat sebelum meninggal dunia.

Digelar 'Nostradamus dari Balkan', wanita berkenaan dikatakan pernah membuat beberapa ramalan untuk tahun 2020, sebelum meninggal dunia pada tahun 1996 di usia 85 tahun. 

Image via Google

Ramalan kembali jadi bualan selepas Trump disahkan positif Covid-19

Tidak hanya Trump, terdahulu antara ramalannya ialah Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang akan mengalami penyakit misteri sehingga menyebabkan menjadi pekak dan menghidap tumor otak pada 2020. Dia juga pernah menyatakan ramalan tsunami yang akan berlaku di Indonesia pada tahun 2004.

Kini, namanya kembali diperkatakan apabila Presiden Donald Trump disahkan positif Covid-19 pada minggu lepas. 

Menurut sumber, seorang  pengguna Twitter berkongsi dengan menulis "Saya sudah mendengar ramalan ini sejak tahun lalu, dan saya tidak mempercayainya. Tapi kini saya sudah percaya."

Namun, sebahagian ramalan Baba Vanga ada yang tidak tepat dan ada juga yang terbukti berlaku.

Gambar Hiasan.

Image via Washington Post

Monumen Baba Vanga yang diabadikan.

Image via Tripadvisor

Agak-agak kalau dia masih hidup, apa lagi ramalan yang wanita ini akan cakap ya?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: