Wang Kertas Rosak Masih Boleh Ditukar Di Mana-Mana Bank, Tak Perlu Ada Akaun – BNM
Boleh ikut langkah-langkah dan syarat di bawah ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda mempunyai wang kertas rosak, jangan panik! Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa semua bank di Malaysia menerima penukaran wang kertas rosak walaupun anda tidak mempunyai akaun di bank tersebut
Melalui satu hantaran di Facebook, BNM berkongsi garis panduan rasmi bagi membantu orang ramai memahami proses dan syarat penukaran wang rosak.
Menurut BNM, wang kertas akan digantikan pada hari yang sama jika memenuhi kriteria berikut:
- Sekurang-kurangnya dua pertiga daripada saiz asal masih ada.
- Tiada contengan pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Tiada tulisan, simbol atau apa-apa slogan politik.
- Tiada contengan ketara seperti tulisan atau angka yang mengubah rupa asli.
Jika semua syarat dipenuhi, bank akan memberikan nilai gantian tanpa penangguhan.

Jika nilai tidak jelas, perlu dirujuk kepada BNM
Ada juga kes di mana wang kertas rosak terlalu teruk sehingga nilainya sukar ditentukan. Untuk situasi ini, pihak bank perlu membuat semakan bersama BNM sebelum gantian boleh dikeluarkan.
Antara bentuk kerosakan yang memerlukan rujukan:
- Wang terkena dakwat keselamatan.
- Terbakar.
- Dimakan anai-anai atau rosak akibat faktor alam.
Gantian akan diberikan pada tarikh lain selepas penilaian selesai.


Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 