“Walid Dah Hilang Bantal Peluk” – Kisah Ketabahan Bapa Tunggal Sara 8 Orang Anak
Sungguh besar pengorbanan seorang bapa.
Cover image via Twitter @thenaurottBagi insan yang bergelar ibu mahupun bapa tunggal, membesarkan anak-anak seorang diri bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan
Bagi golongan ini, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui semata-mata bagi memastikan setiap anak dijaga dengan baik dan mendapat pendidikan yang secukupnya.
Image via Baituljannah
Menyedari bahawa mereka perlu menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan berat selepas kehilangan pasangan yang dicintai, ia pastinya bakal membuatkan golongan ini lebih tabah dan cekal dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Seperti perkongsian yang dibuat seorang individu di Twitter, dia menceritakan kisah kehidupan bapanya yang merupakan seorang bapa tunggal
Dalam perkongsian yang dibuat pengguna Twitter bernama thenaurott ini, dia berkata bapanya kini menyara 8 orang anak termasuk dirinya selepas kehilangan isteri sejak tiga tahun lalu.
Menyifatkan bapanya sebagai seorang individu yang sangat kuat, pengguna Twitter ini berkata, dia bersama 7 beradiknya yang lain tidak pernah berasa kurang dan mendapat jagaan yang secukupnya oleh bapa yang digelar sebagai Walid.
Sejak ia dikongsikan, kisah ini telah mendapat lebih daripada 5 ribu RTs dan hampir 10 ribu tanda suka.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

