Waktu Kerja 9 Hingga 5 Bakal Pupus Tahun 2034, Revolusi Pekerjaan Fleksibel Sedang Bermula?

Pengasas Bersama LinkedIn, Reid Hoffman menyifatkan dekad akan datang sebagai titik perubahan besar bagi cara manusia bekerja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Relevan & Ilustrasi
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Model pekerjaan tradisional dari jam 9 pagi hingga 5 petang mungkin tinggal sejarah menjelang 2034

Menurut laporan Relevan, itulah ramalan Pengasas Bersama LinkedIn, Reid Hoffman, yang menyifatkan dekad akan datang sebagai titik perubahan besar bagi cara manusia bekerja.

Menurut Hoffman, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi gig menjadi pemangkin utama kepada transformasi global ini.

Dalam satu video yang kini tular di YouTube dan platform X, beliau menjelaskan bahawa lebih ramai individu mula memilih pekerjaan bebas (freelance) atau kerja fleksibel kerana menawarkan kebebasan, pendapatan pelbagai sumber dan kawalan sepenuhnya ke atas jadual harian.

SAYS.com
Image via PexelsImage via

Pekerjaan bebas bakal ambil alih tenaga kerja dunia

Hoffman meramalkan bahawa dalam tempoh 10 tahun, hampir 50 peratus tenaga kerja di Amerika Syarikat akan terdiri daripada pekerja bebas sepenuh masa. Perubahan ini menunjukkan peralihan besar daripada konsep pekerjaan tradisional yang selama ini dianggap stabil dan 'normal'.

Di samping itu, masyarakat dijangka tidak lagi terikat kepada satu majikan. Dengan bantuan AI yang mampu mengautomasikan tugasan rutin, pekerja pada masa depan berpotensi bekerja untuk dua hingga tiga syarikat serentak tanpa menjejaskan produktiviti.

Generasi baharu semakin menolak kerja 9 hingga 5

Kajian oleh Institut Penyelidikan Upwork mengukuhkan lagi trend tersebut. Statistik menunjukkan:

  • 52 peratus pekerja Gen Z kini memiliki kerja bebas.
  • 44 peratus Milenial juga terlibat dalam pekerjaan fleksibel.
  • 30 peratus Gen X memilih kerja bebas.
  • 26 peratus generasi Boomer turut menyertai trend ini.

Angka ini menunjukkan bahawa tenaga kerja global semakin terbuka dengan idea pekerjaan fleksibel dan tidak lagi bergantung kepada kerja pejabat tetap.

Hoffman menyifatkan perubahan ini sebagai permulaan kepada satu 'revolusi ekonomi gig' yang impaknya jauh lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

Dengan AI mempermudah kolaborasi jarak jauh, mempercepat proses kerja dan mengurangkan beban manual, struktur organisasi tradisional dijangka berubah secara drastik. Majikan mungkin mula mengurangkan pekerja tetap dan memberi tumpuan kepada pasukan fleksibel berdasarkan projek.

Bagi pekerja pula, era baharu ini menawarkan peluang untuk mempelbagaikan pendapatan, memilih jadual kerja yang lebih seimbang dan membina kerjaya mengikut minat masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: