Waktu Di Seluruh Eropah Kini Mula Diundur Satu Jam, Tapi Kenapa?

Perubahan ini turut melibatkan United Kingdom (UK) yang turut berada di kawasan Alantik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNN & Sky News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tempoh penjimatan waktu siang di Eropah berakhir awal pagi semalam pada Ahad apabila jam diundur satu jam sebagai tanda peralihan kepada waktu musim sejuk

Menerusi laporan agensi berita Jerman dpa, waktu di seluruh Eropah dilambatkan daripada 3 pagi kepada 2 pagi dengan waktu biasa atau waktu musim sejuk berkuat kuasa semula sehinggalah tarikh 29 Mac 2026.

Di Jerman, isyarat bagi pelarasan automatik jam dihantar oleh Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) yang berpangkalan di bandar utara Braunschweig.

Pakar PTB memastikan jam kawalan radio, jam di stesen kereta api dan pelbagai jam industri menerima isyarat terbabit melalui pemancar gelombang panjang yang dikenali sebagai DCF77 di Mainflingen, berhampiran Frankfurt.

Perubahan ini turut melibatkan United Kingdom (UK) yang turut berada di kawasan Alantik.

SAYS.com
Image via The Guardian

Amerika Syarikat (AS) dan Kanada turut akan mengundurkan waktu satu jam pada November

Menurut laporan AP News, jam di AS dan Kanada akan diundur satu jam daripada 3 pagi kepada 2 pagi pada Ahad pertama bulan November.

Pada pertengahan antara minggu itu bermakna terdapat perbezaan masa antara kedua-dua belah kawasan Atlantik, contohnya antara London dan New York adalah satu jam lebih pendek daripada biasa.

Idea penjimatan waktu siang telah diutarakan selama beberapa ratus tahun, tetapi tidak menjadi amalan biasa yang diseragamkan dan ditulis dalam undang-undang di banyak negara sehinggalah pada awal abad ke-20.

Eropah mula menerapkannya semasa Perang Dunia Pertama sebagai langkah untuk menjimatkan tenaga dalam tempoh peperangan. Jerman dan Austria mula menggerakkan jam mereka sebanyak satu jam pada musim panas tahun 1916. UK dan negara-negara lain yang terlibat dalam perang menyusul tidak lama kemudian, begitu juga Amerika Syarikat dan Kanada.

Usaha telah dibuat selama bertahun-tahun untuk menyelaraskan tetapan masa di Eropah, dan sejak tahun 2002 semua negara anggota Kesatuan Eropah melaraskan jam mereka dua kali setahun pada hari yang sama pada bulan Mac dan Oktober.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: