Peminat Volkswagen Mesti Tak Nak Lepaskan Peluang Sertai Volkswagen Fest 2018. Memang Fun!

Bawa satu keluarga dan kawan-kawan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Auto Freaks

Artikel ini ditaja oleh Volkswagen Malaysia

Sejak dari dulu, Volkswagen sentiasa menampilkan reka bentuk menarik dan enjin berkuasa tinggi pada kereta binaan mereka

Ramai yang telah jatuh cinta dengan jenama ni sejak perkenalannya.

Bagi anda yang meminati Volkswagen macam admin juga, kami ingin memberitahu bahawa Volkswagen Fest akan kembali lagi, kali ni dengan pelbagai aktivti yang lebih menarik yang anda boleh sertai.

Image via Volkswagen Fest

Volkswagen Fest 2018 kembali buat peminat setia di Malaysia

Datang ke Volkswagen Fest 2018 dan pandu uji model kereta kegemaran daripada Volkswagen. Kalau berkenan, boleh terus beli satu on the spot!

Dan buat pemilik kereta Volkswagen, anda boleh bawa kereta anda ke sini untuk dinilai dan diperiksa secara PERCUMA oleh pakar perkhidmatan yang disediakan khas.

Image via Volkswagen Fest

Image via Volkswagen Fest

Bukan itu saja, buat anda yang membeli kereta pre-registered atau kereta baru jenama Volkswagen, ada banyak tawaran menarik menanti anda di sana.

Pembeli bertuah juga berpeluang untuk menikmati petrol PERCUMA selama setahun untuk kereta pre-registered yang terpilih!

Bukan itu sahaja, anda juga juga boleh berhibur dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Antaranya ialah:

1. Persembahan daripada artis-artis terkemuka tanah air

Sebuah festival tidak akan lengkap tanpa kelibat para selebriti untuk membuat persembahan. Untuk Volkswagen Fest 2018, beberapa pemuzik terkenal seperti Bunkface, Paperplane Pursuit, dan Talitha Tan bersedia untuk menggegarkan pentas.

Persembahan ini akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Oktober 2018. So, save the date!

Image via OHBULAN!

2. Photobooth bertemakan kereta Volkswagen

Selain tangkap gambar dengan kereta Volkswagen yang dipamerkan, anda jangan lupa juga untuk tangkap gambar di photobooth yang disediakan. Bukan senang nak dapat peluang tangkap gambar dengan kereta Volkswagen klasik ini. Betul tak?

Image via Volkswagen Fest

Image via Volkswagen Fest

3. Buat kaki work-out, ada juga aktiviti menarik khas untuk anda

Image via Yoga Trail

Di Volkswagen Fest 2018 nanti akan ada aktiviti HIIT workout dan Sunrise Yoga yang dikendalikan oleh GuavaPass. So, kalau nak cari kelainan, anda boleh join aktiviti ni sambil cuci-cuci mata tengok kereta Volkswagen yang dipamerkan.

4. Tayangan filem 'Herbie Fully Loaded'

Image via Amazon

Kebanyakan peminat Volkswagen mesti tahu tentang filem ni. Ia mengisahkan tentang bagaimana Maggie (Lindsay Lohan) bertanding di dalam kejohanan NASCAR menggunakan sebuah kereta Volkswagen Bettle dan liku-liku yang terpaksa dia hadapi. Anda boleh menonton filem ini secara percuma!

5. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda…

Image via Volkswagen Fest

Terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang anda boleh sertai di Volkswagen Festival 2018 seperti lukisan grafiti, stage games, giant Jenga, dan lain-lain. Perut rasa lapar? Jangan risau kerana akan ada jualan food trucks di situ.

Jangan lupa temu janji kita untuk memeriahkan Volkswagen Fest 2018!

Butiran lanjut ada di bawah:

Lokasi: Setia City Convention Centre

Tarikh dan Masa:
Jumaat, 12 Oktober (10 pagi – lewat malam)
Sabtu, 13 Oktober (10 pagi- lewat malam)
Ahad, 14 Oktober (10 pagi – 10 malam)

Dapatkan info lanjut tentang festival ini di Facebook Volkswagen Fest atau layari laman web rasmi Volkswagen Malaysia.

Image via Volkswagen Fest

Tidak mudah untuk terangkan mengenai Volkswagen, jadi anda wajib rasai sendiri keterujaan memandu kereta jenama ini dan Volkwagen Fest adalah masa terbaik untuk anda alaminya!

Jumpa di sana!

Image via

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Boleh juga baca:

Read more trending stories on SAYS