Virus Nipah Itu Apa Sebenarnya? Ini Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu
Jaga-jaga semua!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak akhir-akhir ini, semakin meningkat laporan penularan virus Nipah yang mula merebak di West Bengal, India
Walaupun tiada lagi kes baharu virus Nipah dikesan di Malaysia setakat ini, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan persediaan bagi membendung wabak terbabit.
Menurut KKM, penyakit ini telah berjaya dibendung sepenuhnya di Malaysia sejak September 1999.
Tapi, apa sebenarnya virus Nipah ini?

Penyakit Nipah merupakan sebuah wabak berjangkit yang berasal daripada haiwan
Lebih dikenali sebagai penyakit berjangkit zoonotik, punca wabak ini hadir daripada Virus Nipah (NiV) yang berasal daripada perumah semulajadinya, haiwan spesies keluang.
Cara jangkitannya adalah melalui:
- Sentuhan langsung cecair badan haiwan atau manusia yang terjangkit melalui air liur atau darah
- Makanan yang sudah tercemar atau buah yang telah digigit keluang
- Kontak rapat dengan individu yang sudah berjangkit atau bergejala

Apa gejala-gejalanya?
Peringkat gejala untuk penyakit ini terbahagi kepada dua iaitu gejala awal dan gejala parah. Tempoh pengeraman jika menghidap penyakit ini adalah dari 5 hingga 14 hari.
Gejala awal:
- Demam
- Sakit kepala
- Muntah
- Batuk
- Susah bernafas
Gejala parah:
- Sawan
- Keliru
- Radang otak
Statistik menunjukkan bahawa kadar kematian penyakit yang menghidap wabak ini adalah tinggi dengan 40% hingga 75%.

Apa yang boleh kita buat?
Berikut adalah langkah pencegahan yang boleh kita amalkan:
- Jaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan
- Elakkan menyentuh haiwan yang sakit
- Elakkan makan makanan atau buah yang disyaki tercemar seperti mempunyai kesan gigitan haiwan
Bagi pengembara yang pulang dari luar negara terutamanya dari kawasan yang berisiko, apa yang perlu anda lakukan adalah memantau kesihatan kendiri dan segera ke pusat kesihatan jika tidak sihat.
Sumber: Dr Dzulkefly Ahmad (KKM)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 