Virtus Pro Juarai Kejohanan DOTA The Kuala Lumpur Major Dan Bawa Pulang RM1.47 Juta

Main DOTA boleh jadi jutawan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via My Game On
Logo

Pasukan dari Rusia, Virtus Pro berjaya menjuarai kemenangan Major pertama mereka untuk Dota Pro Circuit musim 2018-2019

Pusingan Grand Final The Kuala Lumpur Major telah berlangsung dari Jumaat, 16 November 2018 sehingga Ahad, 18 November 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ribuan peminat menyaksikan detik kegemilangan di mana Virtus Pro menang 3-2 ke atas skuad Eropah, Team Secret yang turut dianggotai anak Malaysia, Yeik Nai Zheng (MidOne).

Image via My Game On

Yeik Nai Zheng (MidOne)

Image via Judith / SAYS

Hasil kemenangan itu, Virtus Pro membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai terkumpul bernilai USD350,000 (RM1.47 juta) dan 4,950 mata Dota Pro Circuit (DPC)

Team Virtus Pro dianggotai oleh Roman Kushnarev (RAMZES666), Vladimir Minenki (No[o]ne), Pavel Khvastunov (9Pasha), Vladimir Nikogosyan (RodjER), dan Alexei Berezin (Solo).

Manakala Team Secret di tempat ke-2 membawa pulang wang tunai bernilai RM712,000 dan 3,000 mata DPC.

Image via My Game On

The Kuala Lumpur Major mengumpulkan 16 pasukan yang berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD 1 juta (kira-kira RM4.19 juta) dan 15,000 mata DPC

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama PGL dan Imba TV, dan merupakan kejohanan Major Dota 2 pertama di Malaysia.

Anda boleh saksikan kesemua perlawanan berlangsung di Twitch PGL Dota 2.

Image via My Game On

Saksikan detik bersejarah kemenangan Virtus Pro:

The moment Virtus.pro won #KualaLumpurMajor. Congratulations!

Posted by Stadium Astro on Sunday, November 18, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda seorang gamer? BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: