[VIRAL] Video ‘Rumah Tangga Aku Dah Musnah’ Tersebar. Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Kes curang sememangnya sesuatu yang serius dalam hidup berumah tangga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com
Logo

Sebuah video berjudul 'Rumah Tangga Aku Dah Musnah' menjadi viral di laman sosial, memaparkan seorang isteri yang melepaskan amuk kepada orang gajinya yang didakwa mempunyai hubungan sulit bersama suaminya

Image via null

Si isteri yang bertudung merah jambu mengamuk dan menjerit di tempat awam, malah turut menggunakan kekerasan terhadap orang gajinya itu yang mengenakan tudung coklat

Image via null

"Sekarang kau ikut aku pergi balai. Kau ikut aku pergi balai!"

Image via null

Kemudian, wanita bertudung coklat tersebut cuba mempertahankan dirinya dengan berkata, "Sumpah demi Allah kak saya tak buat apa-apa" namun dibalas dengan satu penampar di muka

Image via null

Untuk lebih lanjut, saksikan video penuh berdurasi 1 minit 22 saat di sini:

Hasil carian kami di SAYS, kami gagal menemui punca atau sebab sebenar kejadian tersebut berlaku serta tidak dapat mengenal pasti identiti kedua-dua wanita berkenaan. Apa pula komen netizen?

Image via null

Apa-apa pun, isu sebegini perlu dipandang dari pelbagai sudut bagi mendapatkan penjelasan yang terperinci. Oleh itu, kita tidak berhak menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa mengetahui punca sebenar kejadian.

Image via null

Dalam pada itu, ada juga yang menyamakan kes ini dengan satu kes di Singapura tahun lalu di mana seorang suami bersama pasangan mudanya diserang oleh isterinya di dalam bas kerana "kantoi" mempunyai skandal. Masih ingat lagi?

Video berkenaan turut menjadi viral dalam sekelip mata di mana akhirnya, ia dibongkarkan hanya sebagai sebuah video gimik, yang dilakukan sempena April Fools bagi memperdayakan orang ramai

Image via null

Persoalannya, adakah video yang tersebar kali ini juga hanya sekadar gimik yang sengaja diada-adakan?

Image via null

Anda mempunyai pendapat untuk dikongsikan kepada SAYSi? Lakukan sedemikian di Facebook atau Twitter kami.

JUGA DI SAYS: [VIRAL] Kes Buli Kini Merebak Sehingga Ke Peringkat Sekolah Rendah. Apa Nak Jadi?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: