Viral Sebab Lambung Dalam Kuali, Peniaga Akui Bukan Mudah Nak Tunjuk Skill Buat ‘Mi Tikus’
Nampak sedap! Siapa pernah cuba?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai variasi makanan, jadi tidak hairanlah jika pelancong pun teruja untuk mencuba menu-menu viral yang ada di negara kita ini
Bercakap tentang makanan viral, pernahkah anda mendengar menu 'mi tikus'? Haa, bunyi macam unik dan pelik kan. Tetapi, ia merupakan salah satu makanan popular di Ipoh, Perak tau!
Menurut laporan Harian Metro, di sebalik nama ganjil itu, menu yang dimasak oleh seorang peniaga mualaf bernama Redzuan Ooi Abdullah, 52, menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum sejak beberapa tahun lalu.
Kedai makan milik Redzuan atau lebih mesra dipanggil Abang Wan itu terletak di perhentian bas Medan Kidd, Ipoh. Ia dibuka seawal jam 7 pagi hingga 3 petang dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan yang tidak mahu terlepas untuk merasai keenakan mi tikus itu.
Teknik menggoreng Abang Wan juga cukup unik iaitu dengan melambung-lambung mi dalam kuali dengan api yang menyala.
Image via @halalfoodie (TikTok)
Berasal daripada masakan asli masyarakat Cina
"Mi tikus ini berasal daripada nama asli masakan Cina iaitu 'lo shi fun' yang bermaksud mi tikus dalam dialek Kantonis, dari saya kecil ia memang dah dipanggil mi tikus kalau diterjemah ke bahasa Melayu, jadi saya kekalkan nama itu.
"Seronok dapat tengok pelanggan Melayu nikmati makanan Cina, idea ini tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila isteri yang ketika itu tidak bekerja mahu berniaga, jadi saya bantu dia. Ketika itu ada menu laksa dan mi kari, jadi saya masukkan juga menu masakan Cina," katanya.
Menurut Abang Wan lagi, mi tikus diperbuat daripada mi laksa pendek yang digoreng bersama beberapa bahan seperti bawang, telur, udang dan kicap.
Pada awalnya, dia pernah menimba pengalaman di sebuah restoran Cina di Klebang Besar, Melaka selepas tamat sekolah dan membawa pulang teknik serta resipi yang kini diubah suai agar menepati piawaian halal tanpa mengorbankan rasa asli masakan Cina.
Malah, dia pernah membantu keluarganya membuka gerai makan di Medan Kidd pada 1980-an yang menjual cendol, laksa dan lengkong.
Image via Harian Metro
Tak mudah nak masak dalam keadaan kuali panas dan api marak tinggi, kena dapatkan khidmat urut orang Cina sebab tangan pernah kejang
Di sebalik teknik melambung mi, Abang Wan mengakui ia tidak mudah dan memerlukan kekuatan kedua-dua belah tangan.
"Saya lambung mi dalam kuali, ada api, orang suka tengok tetapi nak buat bukan senang, tangan pun pernah kejang. Kena belajar urut orang Cina dan dapatkan khidmat urut mereka.
"Kalau ikutkan, saya masak ini sebab minat. Setiap kali memasak, saya lakukan dengan hati yang ikhlas sebab hendak pelanggan puas hati, itu rahsia sebenar saya.
"Saya memang tak sangka boleh jadi macam ini. Sekarang ini sampai tak sempat rehat, minum air pun berdiri," katanya lagi.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 