[VIRAL] Foto Gadis Berhijab Pegang Anjing Di Pulau Pinang Tersebar. Ini Kisah Sebenarnya
Adakah kempen 'I Want To Touch A Dog' kini merebak ke Pulau Pinang pula?
Cover image via Facebook Penang KiniBeberapa hari lalu, sekeping gambar seorang wanita bertudung putih mendukung seekor anjing menjadi perbualan hangat penduduk di negeri Pulau Pinang
Image via Facebook Penang Kini
Difahamkan, gambar berkenaan mula mendapat perhatian apabila Facebook Penang Kini bertindak memuat naiknya serta menyelitkan sedikit elemen provokasi
Image via Facebook Penang Kini
Selain media sosial, isu kontroversi ini turut diterbitkan dalam beberapa keratan akhbar tempatan seperti Sinar Harian
Image via Facebook Save Our Strays (SOS) – Penang
Setelah menjadi semakin "panas", Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara terbabit
Rafizal juga berkata, penganjur dilihat seperti langsung tidak mengira sensitiviti umat Islam yang ada di negara ini dengan melaksanakan program itu secara terbuka
Image via Facebook Penang Times Square
Dalam masa yangs sama, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengesyaki terdapat tangan-tangan tersembunyi di kalangan orang bukan Islam yang telah mempengaruhi gadis itu untuk melakukan aksi tersebut
Kenyataan Media GPMS Pulau Pinang:
**ISU GADIS BERGAMBAR MENDUKUNG ANJING – GPMS NEGERI PULAU PINANG SEDIH, KECEWA DAN KESAL**
*Assalamualaikum & Salam sejahtera
GPMS Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa sangat sedih, kecewa dan kesal terhadap tindakan seorang gadis mendukung anjing sempena program "Be A Paw Walker" yang dianjurkan di Penang Times Square baru-baru ini.
GPMS Negeri Pulau Pinang merasakan tindakan gadis ini sebenarnya adalah disebabkan terlalu ghairah dan terikut-ikut dengan tindakan gadis-gadis Islam ketika program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Kuala Lumpur tahun lalu.
Gadis ini dilihat sengaja mahu mencetuskan rasa tidak senang dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam apabila membenarkan gambarnya diambil oleh orang ramai khususnya di kalangan bukan Islam. Kesannya, gambar tersebut telah menjadi viral dan tindakan gadis ini juga telah mengundang fitnah terhadap agama Islam dan telah mengaibkan ummat di negara ini.
Tidak keterlaluan jika GPMS Negeri Pulau Pinang mengesyakki terdapat pihak-pihak tertentu atau tangan-tangan tersembunyi di kalangan bukan Islam yang telah mempengaruhi gadis ini untuk melakukan aksi tersebut dalam usaha mereka untuk sengaja melakukan provokasi menghina Islam dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam.
Justeru, GPMS Negeri Pulau Pinang berharap agar pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Plau Pinang untuk menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas gadis yang tersebut supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.
GPMS Negeri Pulau Pinang juga ingin menasihati golongan belia Islam khususnya dan seluruh ummat Islam amnya agar berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan supaya tidak terjebak dengan perkara atau tindakan yang boleh menyusahkan diri kita atau memalukan serta menghina agama Islam. Sewajarnya kita menfaatkan masa lapang yang ada dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang boleh mendatangkan pahala daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Sekian, terima kasih.
AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang*
Persoalannya, apakah situasi sebenar ketika gambar berkenaan diambil? Benarkah program ini diasaskan oleh orang Melayu Islam? Begini ceritanya.
Menurut SuaraTV, gambar kontroversi itu diambil ketika kempen 'Be A Paw Walker' atau 'Opt To Adopt' diadakan di Penang Times Square baru-baru ini. Ia dianjurkan oleh sekumpulan pelajar dari Han Chiang College di Pulau Pinang.
Image via Facebook Penang Times Square
Penolong Ketua Projek, Tang Ching Yee ketika dihubungi SuaraTV berkata sepanjang kempen tersebut diadakan hanya seorang gadis Melayu yang datang
Image via Facebook Penang Times Square
NGO 'Save Our Strays (SOS)' ternyata berang dengan kenyataan fitnah yang dikeluarkan laman Penang Kini terbabit dan menggesa mereka untuk memohon maaf dengan segera
Image via Facebook Save Our Strays (SOS) – Penang
Setelah perkara sebenar dibongkar, laman Penang Kini mengambil keputusan untuk memohon maaf kerana telah menimbulkan salah faham dikalangan orang ramai
Image via Facebook Penang Kini
Meskipun begitu, SOS masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf tersebut. Mereka meminta Penang Kini mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi di media.
Image via Facebook Save Our Strays (SOS) – Penang
Apa pula kata orang ramai? Berdasarkan pemerhatian kami, majoriti netizen mencemuh tindakan fitnah Penang Kini tersebut sambil menyokong kenyataan SOS yang menggesa mereka memohon maaf secara rasmi.
Image via Facebook Penang Kini
Image via Facebook Penang Kini
Image via Facebook Penang Kini
Ya, begitulah kisahnya. Nasihat kami, jika ternampak sesuatu yang mencurigakan, usahlah kita membuat andaian yang bukan-bukan dan terus menabur fitnah. Siasat dahulu sumbernya dan pastikan ianya sahih sebelum bertindak untuk memberitahu orang ramai.
Bak kata pepatah, "**Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.**"
Jadikan isu ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua agar menjadi lebih berhemah selepas ini di laman sosial. Kita sudah pun berada di tahun 2015. Jadi, perkara sebegini tidak seharusnya berulang lagi pada masa akan datang.

