[VIDEO] Warga Emas Selamba Lintas Landasan Keretapi Buat Ramai Cuak – “Bahaya Tu Pak Cik!”
Kita pula yang risau tengok dia.
Cover image via KelantanFA.com (Facebook)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah klip berdurasi 22 saat tular di Facebook memaparkan seorang lelaki warga emas melintas landasan keretapi telah menimbulkan kerisauan orang ramai baru-baru ini
Menerusi perkongsian video oleh KelantanFA.com, kelihatan gerabak keretapi tersebut baru melintasi landasan di dalam sebuah kawasan perkampungan.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila seorang lelaki warga emas dilihat tiba-tiba keluar dari bawah landasan kemudian selamba melintas ke seberang jalan.
Persoalannya, ramai tertanya-tanya pak cik itu muncul dari mana dan risau akan keselamatannya.
Image via KelantanFA.com (Facebook)
Image via KelantanFA.com (Facebook)
Dalam pada itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut memberi respon dan meninggalkan komen selepas video tersebut tular
Pihak KTMB menegaskan bahawa perbuatan itu adalah satu tindakan bahaya dan boleh menyebabkan pelaku didenda.
"KTMB ingin memaklumkan bahawa melintasi atau menceroboh landasan kereta api adalah perbuatan berbahaya dan dilarang di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ia bukan sahaja boleh dikenakan denda sehingga RM500, malah boleh mengancam nyawa," katanya.
Image via KelantanFA.com (Facebook)
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


