[VIDEO] Wanita Terminum Air Asam Boi Bersama Katak Dah Mati Di Negeri Sembilan

Kembang tekak!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @_iiimalina (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biasalah, sekarang musim tengah kering dan panas confirm kita nak cari air yang boleh bagi tekak kita rasa segar balik

Tapi lain yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila niat untuk menikmati air asam boi limau di sebuah restoran menjadi mimpi ngeri apabila mendapati ia turut mengandungi katak yang telah mati.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita itu memaklumkan dia turut sudah beri teguran secara baik tetapi tidak diendahkan premis berkenaan.

"Cari benda yang tersembunyi. KKM tolong ambil tindakan! Sikit pun takde kata maaf.

"Sumpah kak dah cakap elok-elok. Tapi dia buat bodoh je. Mintak maaf pun tidak," katanya.

Lokasi restoran tersebut dipercayai terletak berdekatan Merchant Square Sendayan di Negeri Sembilan.

SAYS.com
Image via TikTokImage via

Sudah menelan suku daripada air tersebut

Menurut wanita itu lagi dia sudah pun merasmikan air berkenaan sebelum menyedari kewujudan haiwan amfibia di dalam air asam boi limau itu.

"Mana yang tertanya tu saya dah minum ke belum air tu, yes saya dah minum suku dari air tu.

"Cerita dia macam ni lepas je dia hantar air tu macam biasalah kan saya gaul-gaul dan minum, bila saya dah minum suku dari air tu saya tengok belah bawah tu macam ada benda pelik then saya gaul dan try bawak naik atas guna straw barulah katak tu muncul.

"What do you expect kalau color katak tu pun dah macam asam boi. Sumpah tergamam tak terkata! Shakinggg weh," katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

@_iiimalina

Mana yang tertanya tu sy dah minum ke belum air tu, YES sy dah minum suku dari air tu😥 #aftstation #merchantsquaresendayan #sendayan #negerisembilan

♬ SAYA TIDAK TAHU – FELIS TIGRIS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: