[VIDEO] Wanita Ini Dipertemukan Dengan Anak Yang Dah ‘Tiada’ Dalam Dunia VR. Serius Sedih!

Kalau anda ada satu peluang untuk bertemu dengan seseorang yang dah tiada, apa yang anda nak cakap pada dia?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @mzm_star
Logo

Ibu bapa mana yang sanggup lihat anak pergi dulu sebelum mereka. Sakitnya tidak terkata!

Bayangkan anak yang dikandung, dilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi sekelip mata. Sebagai ibu bapa, anda pula tidak berdaya untuk menghalang perkara itu.

Siapa je yang bersedia untuk menghadapi perkara itu kan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Baru-baru ini, viral di laman Twitter sebuah video menunjukkan seorang ibu yang telah kematian anaknya namun dapat bertemu kembali dalam dunia VR

Pertemuan menyayat hati itu ditunjukkan dalam satu dokumentari dari Korea Selatan mengisahkan ibu muda, Jung Ji Sung yang kematian anaknya, Nayeon, tujuh tahun yang meninggal dunia kerana kanser darah pada tahun 2016 lalu. 

Memetik PC Gamer, pihak produksi mengambil masa lapan bulan untuk membina Nayeon termasuklah suaranya dan latar belakang pertemuan itu di sebuah taman di mana mereka menyambut hari lahir kanak-kanak malang itu sebelum ini. 

VR ini membantu ibu, Jung Ji Sung bertemu dengan anak perempuannya, Nayeon.

Image via Twitter @mzm_star

Video itu kemudiannya dikongsi oleh pengguna Twitter, [Mr Subjek] (https://twitter.com/mzm_star/status/1226122856657907712) di laman Twitter miliknya

Susulan itu, ramai yang turut sebak menonton video tersebut

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa cara pertemuan itu agak kejam apatah lagi si ibu tidak boleh memeluk anak perempuannya itu

Bahasa: 

"Ini sangat mengganggu sebenarnya, korang semua pernah tengok drama Black Mirror sebelum ini?" tulisnya. 

Bahasa: 

"Ya, teknologi sangat bagus dan menyeronokkan. Tapi bila teknologi melibatkan emosi manusia, itu sangatlah tidak patut. Sedih tengok maknya mengharapkan untuk menyentuh anaknya. Sentuhan yang sebenar," tulisnya. 

Bahasa:

"Tidak, ini sangat mengganggu. Dah pernah berada di tempat itu dan ia lebih teruk bila anda tidak boleh sentuh. Hentikan," tulisnya. 

Bahasa: 

"Ini sangatlah menakutkan, mereka sememangnya memikirkan bahawa mereka boleh melakukannya tapi tidak berfikir jika mereka patut membuatnya.

"Biarlah kematian itu jadi pengakhiran. Tidak sihat untuk kita terlalu taksub dengan permergian orang tersayang," tulisnya. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang orang sanggup lakukan demi orang tersayang.

Apa-apapun, yang baik itu kita wajar kita ikuti dan buang mana yang tidak elok. 

LIKE [Facebook]
(https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=aymt_homepage_panel) dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: