[VIDEO VIRAL] Lagu GST Ini Sangat Menarik Sampai Buat Kami Geleng Kepala
Selamat kembali ke era 90an.
Cover image via SAYS.comMula-mula, kami sangat teruja bila lihat sebilangan pegawai kastam menari (atau bergoyang?) ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan pada permulaan lagu. Kami fikir, mesti akan ada tarian yang menarik selepas ini.
Image via SAYS.com
Tunggu punya tunggu, akhirnya kami kecewa sebab langsung tiada rutin tarian yang 'best'. Pergerakan ke kiri ke kanan diulang-ulang sampai ke habis lagu, cuma tukar 'camera angle' sahaja.
Image via SAYS.com
Tapi, ada juga babak menarik yang mereka selitkan di tengah-tengah lagu. Di bawah ini ialah salah satu contoh. 1… 2… 3… angkat!
Image via SAYS.com
Bukan setakat itu sahaja. Aksi 3 pegawai kastam pusing kerusi dengan kertas GST warna-warni di tangan ini pun tidak kurang juga menghiburkan hati kami.
Image via SAYS.com
Dan bila tiada kerusi, berdiri pun boleh…. Atau bila diterjemah kepada Manglish akan jadi "standing also can."
Image via SAYS.com
Ok tak nak komen lebih-lebih. Jom kita layan lagu GST!
Psst… Anda perasan tak muka lelaki kat belakang tu masa lagu baru 'start'?
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi setiap hari!
MOST READ

