Video Viral Dua Lelaki Puji Girlfriend Ini Comel Habis, Tapi Yang Single #CannotRelate
Comel je puji girlfriend sampai hentak stereng kereta. <3
Cover image via Twitter @khairin_qistinBaru-baru ini tular di laman sosial rakaman video dua orang lelaki memuji girlfriend masing-masing yang ternyata telah menarik perhatian orang ramai
Dalam video berdurasi 1 minit 1 saat yang dimuat naik pengguna Twitter @khairin_qistina atau lebih mudah disapa Kerin itu, dia yang duduk di belakang kereta bersama dua rakan lelakinya telah bertanyakan kepada mereka perihal buah hati masing-masing.
Kedua-dua rakan lelaki itu kemudiannya menunjukkan profil Instagram teman wanita masing-masing. Yang menarik perhatian warganet adalah cara kedua-duanya memuji teman wanita mereka yang ternyata tersangatlah comel.
Bukan sahaja memuji kecantikan teman wanita mereka, tetapi cara kedua-dua lelaki itu describe mengapa mereka sukakan teman wanita masing-masing sampai terpekik dan hentak stereng kereta buat warganet 'awhhh'.
Tak percaya? Lihat sahaja video penuh di bawah:
Image via Twitter @khairin_qistina
Image via Twitter @khairin_qistina
Image via Twitter @khairin_qistina
Rakaman video itu yang tular di laman Twitter telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet
Terutamanya daripada golongan yang single, masing-masing terharu dengan gelagat lelaki-lelaki itu dan masing-masing mula berangan impikan teman lelaki sedemikian.
Antara komen menarik daripada warganet:
Betullah itu, yang single ini #cannotrelate. 🙁
Image via Giphy

