Kisah Viral Dua Beranak Terbiar, Anak Saudara Sedih Dan Tampil Ceritakan Hal Sebenar
"Saya bukan sengaja membiarkan keadaannya begitu, ini kerana setiap kali saya mengemas kawasan berkenaan, ibu saudara saya ini akan menyepahkannya kembali." – Norhasimah
Cover image via SAM Batu Pahat/FacebookBaru-baru ini satu video dan 2 keping gambar di laman Facebook menjadi viral apabila memaparkan dua warga emas tidak terurus, seakan-akan terbiar dijumpai di sebuah rumah usang di Batu Pahat, Johor
Video tersebut telah dimuat naik oleh *page* [SAM Batu Pahat](https://www.facebook.com/SuaraMasyarakatBatuPahat/posts/1146063415504860) pada 3 Disember lalu dan sehingga kini telah mendapat sebanyak lebih 34 ribu *shares* di Facebook.
Dalam video tersebut, kelihatan dua warga emas yang dipercayai anak beranak tinggal dalam serba kedaifan dan menyayat hati. Menurut sumber salah seorang (anak) daripada mereka adalah Orang Kurang Upaya (OKU).
Rumah yang beralamat di T/L 96, Parit Makmor, Jalan Parit Karjo, Senggarang, Batu Pahat itu juga kelihatan sangat uzur dan kotor. Sewaktu video dirakam, si ibu kelihatan sedang duduk di atas lantai beralaskan surat khabar dikelilingi sampah sarap.
Image via SAM Batu Pahat/Facebook
Orang ramai sungguh bersimpati dengan keadaan dua beranak tersebut serta kutipan sumbangan buat mereka juga telah dijalankan oleh pihak SAM Batu Pahat
Image via SAM Batu Pahat/Facebook
Image via SAM Batu Pahat/Facebook
Bantuan daripada orang ramai nampaknya sangat menggalakkan. Malah, ada di antara mereka yang berhasrat untuk membawa pulang kedua-dua beranak tersebut untuk dijaga.
Bagaimanapun, laporan Sinar Harian semalam memberitahu anak saudara kepada warga emas berkenaan rasa sedih dengan video viral tersebut
Menurut **Norhasimah, 50** dia kecewa apabila ada sesetengah netizen sanggup melemparkan kata-kata negatif tanpa ada usul periksa terlebih dahulu sebelum memberikan komen di laman sosial.
Menurutnya lagi, dia sanggup ke pekan Senggarang yang jauhnya hampir tujuh kilometer dari kampungnya, iaitu Kampung Parit Makmor untuk mendapatkan liputan internet kerana ingin membaca komen yang dilemparkan di media sosial.
Tambahnya, dia menangis semalaman kerana sepanjang 20 tahun dia menjaga ibu saudaranya, inilah kali pertama dia difitnah kerana mengabaikan ibu saudaranya yang dikatakan terbiar dan merempat
Norhasimah memberitahu, sikap ibu saudaranya itu berubah selepas suaminya meninggal dunia, enam tahun lalu dan sejak itu dia menjaga kedua-duanya yang berada di sebelah rumahnya
Segala aktiviti kedua-dua beranak itu dipantau olehnya termasuklah makan dan minum. Namun, dia tidak boleh memberi perhatian sepenuhnya terhadap kedua-dua beranak tersebut kerana dia juga bekerja di sebuah kilang berhampiran pekan Batu Pahat.
**Norhasimah sekeras-kerasnya menafikan tuduhan orang ramai yang menyatakan bahawa ahli keluarga dan penduduk kampung mengabaikan penjagaan ibu saudara dan sepupunya kerana mereka berdua sudah berada di bawah jagaannya lebih 10 tahun.**
Walaupun masih terkesan dengan kata-kata kesan dilemparkan di laman sosial, namun Norhasimah tetap bersyukur sekurang-kurangnya isu pengabaian ibu saudara dan sepupunya dapat diselesaikan dengan tindakan pihak berkaitan
Dalam laporan Sinar Harian, pihak **Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)** pun sudah mengambil mereka dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada keluarga dalam masa yang terdekat.
Sementara itu, **Pegawai JKM Batu Pahat, Khairu Asri Ismail** berkata, pihaknya memang ada mengambil kedua-dua anak beranak itu, dan mereka akan ditempatkan di **Rumah Sri Kenangan (RSK), Johor Bahru** pada jam 1.30 petang.


