[VIDEO] Usahawan Tempatan Jumpa Mat Salleh Cakap Melayu Ketika Bercuti Di Switzerland
Perasaan dia mesti macam jumpa orang Malaysia dekat luar negara.
Cover image via Nurul Aimi Mohammad Kamil (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan usahawan tempatan terjumpa seorang lelaki 'mat salleh' yang boleh berbual dengan mereka dalam bahasa Melayu ketika sedang bercuti di Switzerland
Menerusi sebuah video perkongsian usahawan tersebut di laman sosialnya, Nurul Aimi bersama suaminya dilihat sedang berbual dengan lelaki asing itu dalam bahasa Melayu.
Apa yang menarik adalah lenggok percakapan lelaki berkenaan dilihat lancar berbahasa Melayu dan mudah difahami pasangan suami isteri terbabit.
Menurut Nurul Aimi, 'mat salleh' itu baru sahaja ada di Malaysia lima bulan lalu tetapi sudah lancar bercakap dalam bahasa Melayu.
"Jumpa mat salleh pandai cakap Melayu, baru lima bulan jalan di Malaysia dah lancar cakapnya," tulisnya.

Suka nasi lemak yang dijual di sebuah restoran di Kuala Lumpur
Menurut lelaki berkenaan, dia bersama keluarga baru sahaja melawat Malaysia pada bulan Mei bercuti di Sabah.
Dia turut berkongsi telah mencuba pelbagai hidangan tempatan termasuk nasi lemak yang menjadi kegemaran ketika mencubanya di Kuala Lumpur.
"Kami pergi Tawau, Kota Kinabalu, Pulau Sipadan dan dia baru cuba Milo ais (menunjuk salah seorang ahli keluarga) juga roti canai.
"Ada satu kedai baru di Kuala Lumpur disebut Nasi Lemak Burung Hantu, sedap sekali!" katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



