[VIDEO] Uncle Teksi Luah Pelajar Universiti Selalu Scam Tak Bayar Tambang

Tak guna belajar tinggi-tinggi kalau perangai macam ni.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu teksi meluahkan kekecewaannya apabila sering ditipu penumpang yang berpura-pura sudah membayar menggunakan kod QR

Menerusi video perkongsian @dila_dilala di TikTok, dia berkongsi rakaman ketika dia sedang menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan pulang, pemandu teksi tersebut bercerita kepadanya meluahkan kekecewaan apabila sering ditipu penumpang yang berpura-pura telah membayar tambang menggunakan kod QR.

"Jadilah orang yang bertanggungjawab, tolonglah jangan menipu orang yang tengah mencari rezeki. Kesian, aku dengar pun patah hati, lagikan uncle ni yang merasa," tulisnya di kapsyen.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Dedah banyak ditipu oleh penumpang pelajar universiti

Menurut wanita tersebut, dapat diketahui bahawa pemandu berkenaan kecewa apabila individu yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti sanggup menipu dengan tidak membayar tambang.

"Kesian Uncle ni dia bercerita asyik kena scam dengan pelajar universiti, berlakon scan QR code tapi sebenarnya tak bayar pun.

"Uncle tak kisah pun kalau jujur je takde duit nak bayar tambang. Berapalah sangat Uncle ni dapat dengan adanya service provider lain.

"Uncle was so disappointed kenapa orang yang belajar tinggi-tinggi sanggup menipu orang. Sedih sebab kesian tau orang tua cari duit nak makan sikit-sikit, kau boleh menipu," tulisnya.

@dila_dilala

Jadilah orang yang bertanggungjawab, tolonglah jangan menipu orang yang tengah mencari rezeki. Kesian, aku dengar pun Lagikan uncle ni yang merasa

MANGU Fourtwenty – Alottu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: