[VIDEO] UiTM Kesal Insiden Bertentangan Adab & Etika Graduan Dalam Istiadat Konvokesyen

Antara insiden yang tular adalah selepas seorang graduan meminta Pro-Canselor UiTM, yang juga Tengku Permaisuri Selangor untuk memandang kamera.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UiTM
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kesal atas tindakan bertentangan dengan adab dan etika oleh graduan semasa Istiadat Konvokesyen yang berlangsung baru-baru ini

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan, tindakan itu sama sekali bertentangan dengan adab dan etika istiadat.

"UiTM memberi penekanan kepada etika dan adab yang tinggi dalam kalangan graduan dan insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Antara usaha UiTM dalam penekanan etika dan adalah taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BPRPK) UiTM semasa pengambilan jubah.

"Graduan diingatkan untuk mematuhi etika sepanjang istiadat berlangsung bermula dari perarakan di luar dewan sehingga pemulangan jubah kepada universiti," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via UiTM

Etika dan adab jadi cerminan perjalanan ilmu para graduan

UiTM memberi penekanan yang tinggi kepada etika dan adab dalam istiadat yang disifatkan sebagai cerminan perjalanan ilmu yang dilalui oleh para graduan bersama pihak universiti.

"Oleh itu, UiTM berharap semua pelajar yang akan hadir untuk Istiadat Konvokesyen UiTM mematuhi etika dan peraturan universiti," kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular sebuah rakaman pada istiadat konvokesyen itu di media sosial memaparkan tindakan seorang graduan lelaki meminta Pro-Canselor UiTM, iaitu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memandang kamera ketika pengurniaan ijazah pada salah satu sidang.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: